Page 15 - Focus Visual SPM (2023) Sejarah
P. 15

Ciri Negara yang Berdaulat

            1       Mempunyai pemerintahan



                     Malaysia ialah negara persekutuan yang mengamalkan sistem Raja
                    Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen.
                     Ketua Utama Negara ialah Yang di-Pertuan Agong. Ketua Kerajaan
                    ialah Perdana Menteri yang dibantu oleh Jemaah Menteri.
                     Pemerintahan dijalankan secara teratur untuk menjaga kestabilan
                    politik, keamanan, pertahanan dan ekonomi.


             2      Mempunyai sempadan



                     Sempadan merupakan garis pemisah antara negeri atau negara.
                                                         a
                                    y
                     empadan Mala
                                      sia diakui masy
                                                     ar
                                                       ak
                                                              tar
                                                                                y
                                                                 abangsa, khasn
                    Sempadan Malaysia diakui masyarakat antarabangsa, khasnya PBB.
                                                                                 a PBB.
                                                          t an
                     Malaysia berkongsi sempadan dengan negara jiran seperti Filipina,
                    Singapura, Thailand, Indonesia dan Brunei.
                     Penetapan sempadan memudahkan urusan pemerintahan,
                    pentadbiran, pertahanan dan pembangunan ekonomi negara.
             3      Mempunyai perundangan
                     Menjadi asas kepada peraturan negara.
                     Asas sistem perundangan negara kita berpandukan Perlembagaan
                    Persekutuan.
                     Sistem perundangan memelihara kesejahteraan, menjamin keadilan
                    dan melindungi rakyat.
                     Parlimen bertanggungjawab menggubal dan menentukan sistem
                    perundangan di negara kita.




             4      Mempunyai rakyat



                     Rakyat merupakan penduduk di sesebuah negara.
                     Rakyat terikat kepada undang-undang dan peraturan yang
                    dikuatkuasakan oleh pemerintah.
                     Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan
                    adat resam.
                     Disatukan melalui satu bahasa dan kebudayaan, Rukun Negara
                    serta identiti nasional yang sama.


                                                              Tips SPM

                       Uji Diri 1                             Setiap negara yang bebas dan merdeka mempunyai ciri
                      Senaraikan 10 kaum yang                 tertentu bagi menentukan kedaulatannya. Ciri negara
                                                              berdaulat ialah mempunyai pemerintahan, sempadan,
                      terdapat di Malaysia.                   perundangan dan rakyat.


                                                                                                            Bab 1  113




   BAB 1.indd   113                                                                                               18/07/2022   1:46 PM
   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20