Page 16 - Focus Visual SPM (2023) Sejarah
P. 16

Kepentingan Mewujudkan Negara Berdaulat
                                      1     Keberkesanan pentadbiran



                                             Kedaulatan memberikan kebebasan kepada negara menjalankan
                                            urusan pentadbiran tanpa campur tangan pihak luar.
                                             Dasar pentadbiran dilaksanakan dengan berkesan melalui Jemaah
                                            Menteri dan kementerian.
                                             Kerjasama Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri melalui
                                            pengagihan kuasa mewujudkan keberkesanan pentadbiran.
                                             Sistem pentadbiran di negara kita diperkukuh melalui peruntukan
                                            undang-undang dalam Perlembagaan Persekutuan.
         2      Kemakmuran ekonomi




                 Kedaulatan penting untuk negara melaksanakan dasar demi
                kemakmuran ekonomi.
                 Selepas negara mencapai kemerdekaan, pelbagai usaha dilakukan
                untuk meningkatkan taraf hidup rakyat.
                 Dasar pembangunan ekonomi negara digubal bertujuan untuk
                membangunkan ekonomi yang meliputi bidang pertanian,
                perindustrian dan perdagangan.


                                      3     Kesejahteraan sosial




                                             Kedaulatan penting untuk negara melaksanakan dasar sosial demi
                                            kesejahteraan rakyat.
                                             Negara dapat melahirkan generasi berilmu dan berkemahiran
                                            melalui pendidikan.
                                             Melalui pendidikan, rakyat dapat memberikan sumbangan untuk
                                            pembangunan negara.
                                             Dasar bahasa kebangsaan, kebudayaan, sukan dan Rukun Negara
                                            diperkenalkan untuk memupuk perasaan muhibah dan
                                            perpaduan kaum.

         4      Kecemerlangan hubungan luar negara




                 Kedaulatan memberikan hak kepada negara menjalinkan
                hubungan dengan negara lain.
                 Negara kita menjalinkan hubungan diplomatik dan kerjasama
                dengan negara lain. Kesannya, Malaysia menikmati kelebihan
                dalam mempertahankan kedaulatan.
                 Keanggotaan Malaysia dalam pertubuhan serantau dan
                antarabangsa meningkatkan imej negara.
                 Masyarakat antarabangsa mengakui peranan dan kebolehan
                negara kita setaraf dengan negara lain di dunia.





         114  Bab 1




   BAB 1.indd   114                                                                                               18/07/2022   1:46 PM
   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21