Page 7 - Focus SPM 2021 Kimia
P. 7

Kimia Tingkatan 4  Bab 1 Pengenalan Kepada Kimia

         1.2    Penyiasatan Saintifik dalam Kimia

          1.  Pengetahuan kimia diperoleh melalui penyiasatan saintifik, iaitu penyiasatan yang dilakukan secara
             sistematik dengan sikap yang objektif dan pemikiran yang analitikal dan kritikal.
                Bab
    Bab
   1      2.  Hipotesis yang dibuat  akan diuji  oleh  satu set prosedur yang terancang  dan terkawal  dalam  satu
             eksperimen.
          3.  Jenis pemboleh ubah yang dikawal dalam eksperimen:
             •   Pemboleh ubah dimanipulasi – faktor yang sengaja diubah dalam eksperimen
             •   Pemboleh ubah bergerak balas – faktor yang berubah dengan pemboleh ubah dimanipulasi
             •   Pemboleh ubah dimalarkan – faktor yang dikekalkan sepanjang eksperimen

            Membuat        Membuat      Mengenal pasti    Membuat     Mengenal pasti    Mengawal
           pemerhatian      inferens       masalah        hipotesis   pemboleh ubah  pemboleh ubah
          menggunakan     berdasarkan    berdasarkan     yang sesuai   berkaitan dengan   yang
            lima deria    pemerhatian      inferens    tentang masalah   hipotesis       terlibat




                                Membuat         Mentafsir data   Mengumpul data      Merancang dan
             Membuat           kesimpulan        untuk mencari     secara objektif    menjalankan
              laporan       sama ada hipotesis   hubungan antara   melalui pemerhatian   eksperimen
                            diterima atau ditolak  pemboleh ubah  atau penyukatan    untuk menguji
                                                                                       hipotesis

                                    Rajah 1.4  Langkah-langkah penyiasatan saintifik


           Eksperimen 2.1
           Eksperimen 1.1
           Eksperimen 2.1
          Tujuan:  Untuk mengkaji kesan suhu terhadap keterlarutan garam dalam air.
          Pernyataan masalah:  Adakah suhu air memberi kesan terhadap keterlarutan garam dalam air?
          Hipotesis:  Semakin tinggi suhu air, semakin tinggi keterlarutan garam.
          Pemboleh ubah dimanipulasikan:  Suhu air
          Pemboleh ubah bergerak balas:  Keterlarutan garam
          Pemboleh ubah dimalarkan:  Isi padu air, saiz zarah garam
          Bahan:  Garam halus, air suling
          Radas:  Silinder penyukat, bikar, rod kaca, kasa dawai, tungku kaki  tiga, penunu Bunsen dan
                 termometer
          Prosedur:

                 Kacau                          Kacau                          Kacau

                      50 cm air suling                50 cm air suling               50 cm air suling
                          3
                                                          3
                                                                                         3
                      (yang disejukkan)
                                                      (suhu bilik)                   (baru mendidih)
                      Garam halus
                                                      Garam halus                    Garam halus
           Bikar A                         Bikar B                        Bikar C
                            Rajah 1.5  Mengkaji kesan suhu terhadap keterlarutan garam dalam air

            4
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12