Page 18 - Pra U STPM 2022 Penggal 2 - Ekonomi
P. 18
Ekonomi Semester 2 STPM Bab 1 Pengenalan
100
KNK benar (2017) = × 1 064 342 = RM946 923.48 juta BAB
112.4
100 1
KNK benar (2018) = × 1 168 246 = RM1 022 982.40 juta
114.2
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
(a) Ini bermakna nilai KNK nominal pada tahun 2016 sebanyak
RM1 012 448 juta itu sebenarnya bernilai RM907 211.46 juta dan
nilai KNK nominal pada tahun 2017 sebanyak RM1 064 342 juta
sebenarnya bernilai RM1 064 342 juta. Begitu juga dengan nilai
KNK nominal pada tahun 2018 yang berjumlah RM1 168 246 juta
itu adalah sebenarnya bernilai RM1 022 982.40 juta sahaja.
(b) Nilai KNK benar biasanya lebih rendah daripada KNK nominal
disebabkan berlakunya kenaikan harga barang di pasaran.
(c) Ini juga menunjukkan nilai wang atau keupayaan wang untuk
mendapatkan barang dan perkhidmatan semakin jatuh.
7 KNK potensi ialah jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang
dihasilkan oleh faktor milik sesebuah negara apabila semua faktor STPM ’09 / ‘13
digunakan sepenuhnya. Oleh itu, KNK potensi merupakan KNK guna
tenaga penuh.
8 KNK sebenar ialah jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang
sebenarnya dicapai oleh sesebuah negara dalam tempoh satu tahun.
9 KNK potensi dan KNK sebenar dapat diterangkan melalui rajah di
bawah.
KNK
KNK potensi
KNK sebenar
Bezakan antara KNK sebenar
dengan KNK potensi.
0 Tahun
Rajah 1.2 KNK potensi dan KNK sebenar
(a) Keluk KNK potensi mencerun ke atas dari kiri ke kanan
menunjukkan KNK potensi akan meningkat dari masa ke masa
akibat pertambahan dalam faktor pengeluaran dan peningkatan
dalam kemajuan teknologi.
(b) Keluk KNK sebenar pula mengalami keadaan turun naik.
(c) Apabila KNK sebenar lebih rendah daripada KNK potensi, maka
wujud faktor pengeluaran yang tidak digunakan atau ekonomi
belum mencapai tingkat guna tenaga penuh.
(d) Apabila KNK sebenar melebihi KNK potensi, maka ekonomi
berkembang dan mengalami kekurangan faktor pengeluaran serta
harga faktor pengeluaran adalah mahal.
(e) Apabila KNK sebenar sama dengan KNK potensi, maka guna STPM ’08
tenaga penuh dicapai.
15

