Page 14 - Pra U STPM 2022 Penggal 2 - Ekonomi
P. 14

Ekonomi Semester 2  STPM  Bab 1 Pengenalan
                  6  Mengurangkan hutang negara
                    Hasil kerajaan yang bertambah akibat daripada pertumbuhan ekonomi                          BAB
                    dapat digunakan untuk membayar hutang kerajaan. Maka hutang negara
                    dapat dikurangkan.                                                                        1

                  7  Kestabilan politik
                Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
                    Ekonomi yang berkembang menyebabkan peluang pekerjaan semakin
                    banyak. Oleh itu, lebih banyak tenaga buruh yang bekerja dan
                    pengangguran berkurang. Masyarakat mempunyai sumber pendapatan.
                    Kestabilan ekonomi akan menyebabkan kestabilan politik kerana
                    penduduk dapat hidup dengan aman dan damai.

                Langkah Meningkatkan Pertumbuhan Ekonomi
                  1  Mengeksploitasi anugerah kekayaan alam
                    Kekayaan alam sesebuah negara melibatkan tanah, iklim, hasil hutan,
                    lautan, dan galian. Semakin banyak kekayaan alam semula jadi, maka
                    semakin mudah sesebuah negara mengembangkan ekonominya. Oleh
                    itu, sesebuah negara perlu meningkatkan teknologi dari masa ke masa
                    untuk  mengeksploitasi  sumber  kekayaan  yang  ada  bagi  mencapai
                    pertumbuhan ekonomi yang positif.
                  2  Meningkatkan kemahiran tenaga buruh
                    Kemahiran tenaga buruh bergantung kepada taraf pendidikan, latihan,
                    dan pengalaman bekerja. Apabila kemahiran tenaga buruh meningkat,
                    daya pengeluaran akan meningkat dan akhirnya pengeluaran barang
                    dan perkhidmatan dapat ditingkatkan.

                  3  Meningkatkan teknologi
                    Teknologi boleh ditingkatkan seperti melalui dasar pendidikan negara
                    yang lebih berorientasikan teknologi dan inovasi, penyerapan teknologi
                    daripada negara-negara maju, dan penghantaran pekerja ke luar negara
                    untuk menimba dan membawa balik teknologi baharu dan moden.
                    Penggunaan alat-alat yang berteknologi tinggi akan meningkatkan
                    produktiviti. Ini akan mempercepatkan pertumbuhan ekonomi.
                  4  Meningkatkan pelaburan                                          Langkah meningkatkan
                    Apabila pelaburan meningkat, perbelanjaan agregat turut meningkat   pertumbuhan ekonomi:
                    dan pendapatan negara juga akan meningkat. Dalam hal ini, kerajaan   •  Mengeksploitasi anugerah
                                                                                      kekayaan alam
                    perlu menjalankan dasar untuk meningkatkan pelaburan sama ada    •  Meningkatkan kemahiran
                    pelaburan domestik atau pelaburan langsung asing seperti insentif dan   tenaga buruh
                    galakan kepada pelabur, mengurangkan kadar bunga, mengecualikan   •  Meningkatkan teknologi
                                                                                     •  Meningkatkan pelaburan
                    cukai pelaburan, menyediakan zon perindustrian, dan sebagainya.  •  Meluaskan pasaran
                                                                                     •  Menyediakan infrastruktur
                  5  Meluaskan pasaran
                    Perluasan  pasaran  sama  ada  dalam  atau  ke  luar  negara  akan
                    menggalakkan pertambahan keluaran. Semakin luas pasaran bagi sesuatu
                    barang dan perkhidmatan yang dihasilkan, semakin banyak barang dan
                    perkhidmatan dikeluarkan.

                  6  Menyediakan infrastruktur
                    Infrastruktur  yang baik dan  mencukupi merupakan  prasyarat  yang




                                                                                                        11
   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19