Page 13 - Pra U STPM 2022 Penggal 2 - Ekonomi
P. 13
Ekonomi Semester 2 STPM Bab 1 Pengenalan
5 Jika kadar pertumbuhan ekonomi sesebuah negara bernilai positif,
BAB menunjukkan ekonomi negaranya sedang berkembang. Sebaliknya,
1 jika kadar pertumbuhan ekonomi sesebuah negara bernilai negatif, ini
menunjukkan ekonomi negaranya sedang mengalami kemelesetan.
’08 STPM 6 Pertumbuhan ekonomi biasanya diikuti oleh kadar pengangguran
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
yang lebih rendah, namun pertumbuhan ekonomi tidak semestinya
mengurangkan jumlah pengangguran kerana berlakunya keadaan-
keadaan berikut:
(a) Wujud kemajuan teknologi – firma menggantikan buruh dengan
jentera moden.
(b) Wujudnya buruh asing – firma menambahkan penggunaan buruh
asing kerana kadar upah buruh asing lebih rendah.
(c) Berlakunya pertambahan tenaga buruh yang pesat berbanding
dengan peluang pekerjaan yang diwujudkan.
’16 STPM Sebab Pertumbuhan Ekonomi Perlu Diberikan Tumpuan
1 Meningkatkan taraf hidup
Pertumbuhan ekonomi akan menyebabkan pendapatan per kapita
Pendapatan per kapita meningkat. Dengan pendapatan yang lebih tinggi, penduduk dapat
diperoleh apabila pendapatan meningkatkan taraf hidup masing-masing.
negara dibahagi dengan jumlah
penduduk. 2 Menggalakkan pelaburan
Pertumbuhan ekonomi yang berlaku di sesebuah negara menyebabkan
pendapatan dan kuasa beli masyarakat meningkat. Dengan peningkatan
kuasa beli masyarakat, keluaran yang bakal dikeluarkan dapat dipasarkan
dengan mudah. Hal ini akan menarik pelabur sama ada dalam atau luar
negara untuk menambahkan pelaburan.
3 Mengurangkan kemiskinan
Pertumbuhan ekonomi yang berlaku di sesebuah negara menyebabkan
kegiatan ekonomi berkembang dengan pesat. Perkembangan kegiatan
ekonomi mewujudkan peluang pekerjaan dengan lebih banyak. Oleh
itu, pendapatan masyarakat meningkat dan masalah kemiskinan dapat
dikurangkan.
4 Meningkatkan guna tenaga
Apabila berlaku pertumbuhan ekonomi di sesebuah negara, peluang
pekerjaan akan bertambah akibat perkembangan aktiviti ekonomi yang
pesat. Penduduk senang mendapatkan pekerjaan dan menyebabkan
kadar pengangguran menurun. Ini akan menyebabkan guna tenaga
meningkat.
5 Meningkatkan hasil kerajaan
Aktiviti ekonomi yang pesat akibat daripada pertumbuhan ekonomi akan
menyebabkan firma dalam negeri dapat menjana hasil dan keuntungan
yang tinggi. Maka kerajaan boleh mendapatkan hasil cukai yang tinggi.
Selain itu, hasil kerajaan daripada pungutan cukai pendapatan juga
dapat meningkat kerana semua penduduk mempunyai pekerjaan dan
pendapatan mantap.
10

