Page 16 - Pra U STPM 2022 Penggal 2 - Ekonomi
P. 16

Ekonomi Semester 2  STPM  Bab 1 Pengenalan
                  2  Meningkatkan kemampuan membayar hutang
                    Imbangan pembayaran yang positif akan menyebabkan rizab mata                               BAB
                    wang  asing  meningkat.  Jumlah  rizab mata wang  asing  yang  banyak
                    membolehkan sesebuah negara lebih mampu membayar hutang luar                              1
                    negara.
                Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
                  3  Meningkatkan nilai mata wang tempatan
                    Imbangan pembayaran positif akan berlaku apabila jumlah eksport
                    adalah melebihi jumlah import negara. Peningkatan eksport
                    menunjukkan permintaan terhadap mata wang tempatan meningkat.
                    Ia akan menyebabkan nilai mata wang tempatan turut meningkat.
                  4  Meningkatkan eksport bersih
                    Imbangan pembayaran positif yang disebabkan oleh jumlah eksport
                    melebihi jumlah import. Keadaan ini akan menyebabkan eksport bersih
                    meningkat.
                  5  Meningkatkan pelaburan asing
                    Imbangan  pembayaran  positif  juga  menunjukkan firma  luar  negara
                    telah membawa masuk pelaburan asing ke dalam negara. Peningkatan
                    pelaburan asing dalam negara dapat mengembangkan kegiatan ekonomi
                    negara.

                Langkah-langkah Mengatasi Imbangan Pembayaran Defisit

                  1  Menggalakkan eksport
                    Kerajaan menjalankan langkah tertentu bagi menggalakkan industri yang
                    mengeluarkan barang eksport misalnya pemberian subsidi eksport, taraf
                    printis dan insentif kepada industri eksport yang dapat meningkatkan
                    jumlah eksport.
                  2  Mengawal import
                    Import boleh dikurangkan dengan mengenakan tarif dan kuota, maka
                    barang yang diimport dapat dikurangkan.
                  3  Mengurangkan import perkhidmatan dan meningkatkan eksport
                    perkhidmatan
                   Kerajaan boleh menawarkan diskaun tambang dan tawaran tambang
                    murah pada musim tertentu untuk menggalakkan penggunaan
                    pengangkutan tempatan atau menggalakkan pelancongan dalam negara
                    dengan menawarkan pakej pelancongan yang istimewa. Langkah ini
                    dapat mengurangkan pengaliran keluar wang negara dan semakin
                    banyak mata wang asing akan mengalir masuk ke dalam negara.      Langkah mengatasi
                                                                                     imbangan pembayaran
                  4  Kawalan pertukaran asing                                        defisit:
                    Apabila pengimport hendak mengimport barang dari luar negara,    •  Menggalakkan eksport
                                                                                     •  Mengawal import
                    mereka perlu membeli mata wang asing terlebih dahulu. Jadi untuk   •  Mengurangkan import
                    mengurangkan import, kerajaan perlu mengehadkan penjualan mata    perkhidmatan dan
                    wang asing untuk pengimport.                                      meningkatkan eksport
                                                                                      perkhidmatan
                  5  Mewujudkan lebihan dalam akaun kewangan                         •  Kawalan pertukaran asing
                    Menarik pelaburan langsung, pelaburan portfolio, dan pelaburan   •  Mewujudkan lebihan dalam
                                                                                      akaun kewangan
                    lain. Misalnya, galakan pelaburan langsung asing dilakukan dengan   •  Devaluasi
                    memberikan insentif-insentif tertentu seperti pengecualian cukai dalam



                                                                                                        13
   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21