Page 36 - Pra U STPM 2022 Penggal 2 - Ekonomi
P. 36

Ekonomi Semester 2  STPM  Bab 2 Perakaunan Pendapatan Negara
                Pendapatan Negara dan Pendapatan Per Kapita                           Hasil Pembelajaran

                  1  Pendapatan negara merupakan jumlah nilai barang dan perkhidmatan   Mentakrifkan pendapatan
                    yang dikeluarkan oleh sesebuah negara dalam tempoh masa tertentu,   negara dan pendapatan per
                                                                                      kapita.
                    biasanya setahun.
                Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
                  2  Pendapatan negara merupakan satu alat bagi mengukur pencapaian
                    ekonomi negara. Pendapatan negara yang semakin meningkat
                    menggambarkan suatu peningkatan dalam pencapaian ekonomi
                    negaranya. Sebaliknya, pendapatan negara yang semakin berkurangan
                    menggambarkan  suatu  kemerosotan  dalam  pencapaian  ekonomi
                    negaranya.                                                                                 BAB
                  3  Pendapatan negara dihitung menggunakan unit mata wang. Ini kerana
                    adalah mustahil untuk mencampur semua barang dan perkhidmatan                             2
                    secara  fizikal.  Oleh  itu,  penggunaan  ukuran  dalam  unit  mata  wang
                    adalah sesuai misalnya dalam Ringgit bagi negara Malaysia.
                  4  Walau  bagaimanapun,  pendapatan  negara  yang  dihitung  dalam  unit
                    mata wang juga mempunyai kelemahan tertentu. Ini kerana apabila
                    harga barang dan perkhidmatan di pasaran meningkat atau mengalami
                    inflasi, maka pendapatan negara juga akan meningkat. Sebaliknya apabila
                    berlaku kejatuhan harga barang dan perkhidmatan di pasaran, maka
                    pendapatan negara juga akan berkurang.
                  5  Hakikatnya kenaikan dan kejatuhan pendapatan negara bukan disebabkan
                    kenaikan atau pengurangan jumlah barang dan perkhidmatan yang
                    dikeluarkan, tetapi disebabkan oleh kenaikan harga di pasaran. Jadi
                    kenaikan atau kejatuhan pendapatan negara yang berlaku sedemikian
                    bukan merupakan kenaikan atau kejatuhan sebenar pendapatan negara.

                  6  Oleh itu, untuk mengatasi kelemahan ini, pendapatan negara yang
                    dihitung  berdasarkan  harga  tetap atau  berdasarkan  tahun  asas
                    merupakan pendapatan negara yang benar.
                  7  Dalam menghitung pendapatan negara, terdapat tiga kaedah yang
                    digunakan iaitu:
                    (a)  Kaedah perbelanjaan (nilai barang akhir)
                    (b)  Kaedah keluaran (nilai ditambah)
                    (c)  Kaedah pendapatan (pendapatan faktor).

                  8  Pendapatan per kapita  boleh  ditakrifkan sebagai pendapatan purata
                    bagi setiap orang penduduk di sesebuah negara dalam tempoh setahun.
                  9  Rumus pendapatan per kapita adalah seperti berikut:


                                                Pendapatan negara tahun n
                          Pendapatan per kapita =
                                                 Jumlah penduduk tahun n              STPM  ’11


                 10  Jika jumlah penduduk semakin meningkat, pendapatan per kapita akan
                    menurun, diandaikan pendapatan negara tidak berubah. Sebaliknya, jika
                    jumlah penduduk berkurangan, pendapatan per kapita akan meningkat.




                                                                                                        33
   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40   41