Page 35 - Pra U STPM 2022 Penggal 2 - Ekonomi
P. 35

Ekonomi Semester 2  STPM  Bab 2 Perakaunan Pendapatan Negara
                                           7  Perbezaan antara keluaran negara nominal dengan keluaran negara
                                             benar ialah  indeks harga pengguna semasa atau  pendeflasi. Indeks
                                             harga pengguna mengukur perubahan tingkat harga umum barangan
                                             dalam pasaran.
                                           8  Untuk menghitung keluaran negara benar, rumus berikut digunakan:
                Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
                                                                       IHP
                                                 Keluaran negara benar =   0  × Keluaran negara nominal
                                                                       IHP 1
                                                 dengan IHP  =  Indeks harga pengguna tahun asas
                                                            0
                                                        IHP  =  Indeks harga pengguna tahun semasa
                                                            1
           BAB                                                 (atau disebut “Pendeflasi”)
          2
                                           9  Contoh pengiraan:
                                             Keluaran negara sebuah negara pada tahun 2018 ialah RM120 juta. Pada
                                             tahun 2019, keluaran negara telah meningkat menjadi RM270 juta. Jika
                                             indeks harga pengguna pada tahun 2018 ialah 100 dan pada tahun 2019
                                             ialah 180, hitung:
                                             (a)  Keluaran negara benar bagi tahun 2019.
                                             (b)  Tambahan keluaran negara benar.
                                             (c)  Peratus tambahan keluaran negara benar.
                                             Penyelesaian:                  IHP
               Bagi mendapatkan data-data    (a)  Keluaran negara benar 2019 =   IHP 0   × Keluaran negara nominal

               ekonomi keluaran negara                                         1
               Malaysia, sila layari laman                               =  100   × RM270 juta
               web Kementerian Kewangan                                     180
               Malaysia dan Unit Perancang
               Ekonomi:                                                  = RM150 juta
               • http://www.treasury.gov.my
                                             (b)  Tambahan keluaran negara benar:
                                                 = RM150 juta – RM120 juta
                                                 = RM30 juta

                        INFO                 (c)  Peratus tambahan keluaran negara benar:
               • http://www.epu.gov.my/          =  30   × 100
                 nationalaccounts                  120
                                                 = 25%
                                                 (i)   Kadar pertambahan keluaran negara harga semasa adalah
                                                      sebesar 125%, iaitu:
                        INFO                            270 – 120
                                                      =          × 100
                                                           120
                                                        150
                                                      =      × 100
                                                        120
                                                      = 125%
                                                 (ii)  Jika dibandingkan dengan kadar pertambahan keluaran negara
                                                      benar,  iaitu  sebanyak 25%,  ternyata  peningkatan  keluaran
                                                      negara harga semasa adalah jauh lebih tinggi. Sebenarnya,
                                                      peningkatan tersebut adalah disebabkan oleh kenaikan harga
                                                      atau inflasi.




               32
   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40