Page 15 - Focus SPM KSSM 2021 Tingkatan 5 - Kimia
P. 15

Kimia Tingkatan 5  Bab 4 Polimer
           Sifat Getah Tervulkan
             1.  Rajah 4.13 menunjukkan perbandingan antara getah tervulkan dengan getah tak tervulkan.

                   Getah tak tervulkan              Sifat                   Getah tervulkan

           Kurang  kenyal  kerana  rantai-rantai                 Kenyal  kerana  rangkai  silang  sulfur
           polimer  getah  boleh  menggelongsor   Kekenyalan     menghalang  rantai-rantai  polimer  getah
           antara satu sama lain dengan mudah                    daripada menggelongsor antara satu sama lain
           Lebih lemah dan lebih lembut                          Lebih  kuat  dan  lebih  keras  kerana  wujudnya
                                                Kekuatan dan     rangkai  silang  sulfur  antara    rantai-rantai
                                                  kekerasan
                                                                 polimer getah
           Melebur  dengan  mudah  apabila       Ketahanan       Sukar untuk melebur kerana wujudnya rangkai
           dipanaskan                           terhadap haba    silang sulfur antara  rantai-rantai polimer getah
           Teroksida  dengan  mudah  oleh  oksigen   Ketahanan terhadap   Tidak  teroksida  oleh  oksigen  dengan  mudah
           kerana banyak ikatan ganda dua dalam   pengoksidaan   kerana kurang ikatan karbon ganda dua dalam
           polimer getah                                         polimer getah
                            Rajah 4.13 Perbandingan antara getah tervulkan dengan getah tak tervulkan


              Eksperimen 2.1
              Eksperimen 2.1
              Eksperimen 4.2
            Tujuan:  Mengkaji kekenyalan getah asli dan getah tervulkan.
            Pernyataan Masalah:  Adakah getah tervulkan lebih kenyal daripada getah tak tervulkan?

            Hipotesis:  Getah tervulkan lebih kenyal berbanding dengan getah tak tervulkan.
            Pemboleh ubah:
            (a)  Pemboleh ubah yang dimanipulasikan :  Jenis getah
            (b) Pemboleh ubah yang bergerak balas  :  Panjang jalur getah
            (c)  Pemboleh ubah yang dimalarkan   :  Saiz jalur getah, jisim pemberat
            Definisi secara operasi:
            Jika jisim pemberat minimum untuk jalur getah gagal kembali ke panjang asal adalah lebih besar, maka
            jalur getah itu adalah lebih kenyal.

            Bahan:  Getah tervulkan, getah tak tervulkan
            Radas:  Pisau, klip, pembaris meter, pemberat, cangkuk, kaki retort dengan pengapit  Bab     Bab
            Prosedur:                                                                                   4
              1.  Jalur getah tervulkan dan jalur getah tak tervulkan
                yang disediakan dalam Aktiviti 4.2 digantungkan
                dengan klip seperti ditunjukkan dalam Rajah 4.14.
              2.  Panjang kedua-dua jalur diukur.              Kaki retort              Pembaris
              3.  Satu pemberat 10 g digantungkan kepada setiap
                dua jalur itu. Panjang kedua-dua jalur diukur.                          Klip
              4.  Pemberat  ditanggalkan  daripada  kedua-dua  jalur   Jalur getah      Jalur getah
                dan panjang kedua-dua jalur diukur sekali lagi.  tervulkan              tak tervulkan
              5.  Langkah 3 hingga 4 diulangi dengan menggunakan   Pemberat             Pemberat
                pemberat 20 g, 30 g, 40 g dan 50 g untuk
                menggantikan pemberat 10 g.
                                                              Rajah 4.14 Susunan radas untuk mengkaji kekenyalan
                                                                      getah asli dan getah tervulkan



                                                                                               171






   04 Focus SPM KIMIA F5.indd   171                                                              18/02/2021   4:10 PM
   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20