Page 13 - Focus SPM KSSM 2021 Tingkatan 5 - Kimia
P. 13
Kimia Tingkatan 5 Bab 4 Polimer
Prosedur:
Asid etanoik Larutan ammonia
Lateks Lateks
Lateks
A B C
Rajah 4.10 Mengkaji penggumpalan lateks
3
1. 20 cm larutan lateks dituangkan ke dalam setiap tiga bikar yang dilabel A, B dan C.
2. Asid etanoik ditambahkan titis demi titis ke dalam bikar A sehingga larutan lateks menjadi berasid
(kertas litmus biru menukar kepada merah). Campuran dikacau selepas setiap penambahan asid.
3. Larutan ammonia ditambahkan titis demi titis ke dalam bikar B sehingga larutan lateks menjadi
beralkali (kertas litmus merah menukar kepada biru). Campuran dikacau selepas setiap
penambahan alkali.
4. Ketiga-tiga bikar dibiarkan untuk semalaman. Sebarang perubahan yang berlaku dicatatkan.
Pemerhatian:
Bikar Pemerhatian
A Lateks menggumpal sangat cepat
B Lateks tidak menggumpal
C Lateks menggumpal perlahan-lahan
Perbincangan:
1. Asid etanoik ialah suatu asid organik. Asid ini mengion dalam air untuk menghasilkan ion hidrogen.
Ion hidrogen yang bercas positif membantu meneutralkan zarah-zarah getah yang bercas negatif,
membolehkan penggumpalan lateks berlaku.
2. Larutan ammonia meneutralkan asid laktik yang dibebaskan oleh tindakan bakteria ke atas
membran protein. Tindakan ini dapat mengekalkan cas negatif pada zarah getah dan mengelakkan
penggumpalan.
3. Apabila lateks didedahkan kepada udara, bakteria daripada udara akan perlahan-lahan Bab
Bab
menyerang protein pada membran secara perlahan-lahan untuk menghasilkan asid laktik. Asid 4
laktik membantu penggumpalan lateks.
Kesimpulan:
Asid mempercepatkan penggumpalan lateks manakala alkali mencegah penggumpalan lateks.
Pemvulkanan Getah
1. Proses penghasilan rangkai silang antara rantai polimer getah untuk menghasilkan polimer getah yang
lebih kenyal dan lebih baik berbanding getah asli dikenal sebagai pemvulkanan.
2. Dalam proses ini, 1 – 3% sulfur mengikut jisim ditambahkan kepada getah asli dan campuran itu
dipanaskan berhati-hati.
3. Atom-atom sulfur akan membentuk rangkai silang antara rantai-rantai polimer getah pada ikatan
karbon ganda dua.
169
04 Focus SPM KIMIA F5.indd 169 18/02/2021 4:10 PM

