Page 22 - Focus SPM KSSM Tg 4.5 - Sejarah
P. 22

Sejarah SPM  Bab 2  Kebangkitan Nasionalisme
             •  Dianggap  radikal  kerana  berani           •  Masyarakat Sikh yang menjadi
               menyuarakan penentangan dan                     anggota pasukan keselamatan
               membangkitkan        anti-British               menjadikan berek polis, kuarters
               melalui penulisan dalam akhbar dan              kerajaan  dan gurdwara sebagai
               majalah.                                        tempat    aktiviti  sosial  dan
         (d)  Persatuan masyarakat Cina dan India              keagamaan.
             •  Sebelum  Perang  Dunia  Kedua,              •  Pada tahun 1902, Khalsa Diwan
               masyarakat       Cina     masih                 Malaya ditubuhkan di  Taiping,
               menumpukan perhatian kepada                     Perak bagi menjaga kepentingan
               keadaan yang berlaku di China.                  masyarakat Sikh.                   T
 T
                                                                                                  i
 i
             •  Dr.   Sun  Yat   Sen   menjalin             •  Masyarakat India-Muslim terlibat     k
                                                                                                  n
 n
                                                                                                  g
 g
               hubungan dengan melawat Negeri-                 dalam kegiatan perniagaan dan     a
 k
 a
                                                                                                 t
 t
               negeri Melayu Bersekutu untuk                   pentadbiran  seperti  Sir  Hussein   a
 a
                                                                                                 n
 n
 4             mendapatkan sokongan pemimpin                   Hasanal    Abdoolcader     yang   4
               Cina bagi menentang kerajaan                    merupakan ahli Majlis Perundangan
               Manchuria di China.                             Negeri-negeri Selat (SSLC).
             •  Masyarakat  Cina  di  Negeri-negeri
               Selat atau Cina Peranakan dan             Praktis Formatif  7
               lulusan Inggeris seperti Tan Jiak Kim
               menubuhkan Persatuan Orang Cina       1.  Jelaskan  peranan  akhbar  dan  majalah  dalam
                                                       perkembangan nasionalisme.
               Peranakan British (SCBA) di Negeri-
               negeri Selat  yang menggalakkan       2.  Apakah  matlamat  penubuhan  persatuan  oleh
               pelajaran tinggi dan teknikal dalam     masyarakat  Cina  dan  India  sebelum  Perang
               kalangan masyarakat Cina.               Dunia Kedua?
             •  Pada  tahun  1915,  Tan  Cheng  Lock
               menubuhkan cawangan SCBA di
               Melaka dan menuntut peluang           2.8    Kesan Perkembangan
               berkhidmat dalam perkhidmatan                Nasionalisme
               kerajaan.
             •  Masyarakat  India  menubuhkan         1.  Politik
               Persatuan India  Taiping dan             (a)  Golongan berpendidikan Inggeris dan
               Persatuan India Pulau Pinang.                KMS  berjaya  menuntut  British  agar
             •  Pada  tahun  1927,  Persidangan             meningkatkan bilangan orang Melayu
               India Se-Malaya diadakan di Kuala            dalam Malayan Civil Service (MCS).
               Lumpur dan diikuti oleh negeri lain          Bilangan orang Melayu bertambah
               bagi membincagkan isu berkaitan              daripada 7 orang (1930) kepada 20
               masyarakat India.                            orang (1937).
             •  G.V. Thaver  menubuhkan  Malayan        (b)  Pengenalan Dasar Desentraliasasi oleh
               Indian Association (MIA) bagi                British mengembalikan semula kuasa
               masyarakat India yang dilahirkan             sultan dan Majlis Mesyuarat Negeri.
               di Tanah Melayu.                         (c)  Sekitar tahun 1921 kesan nasionalisme
             •  Pada  Oktober  1936,  Central  India        di China telah mempengaruhi
               Association of Malaya (CIAM)                 penubuhan sekolah Cina dan bahasa
                                                            Mandarin dijadikan bahasa pengantar.
               ditubuhkan oleh Dr. A.M. Soosay          (d)  Kemunculan  masyarakat India yang
               yang menggabungkan 12 persatuan              dilahirkan  di  Tanah  Melayu dikenali
               India dan 4 dewan perniagaan.                sebagai The Staits Born People.
             •  Pergerakan  CIAM  disemarakkan          (e)  British menyekat gerakan nasionalisme
               dengan lawatan Pandit Jawaharlal             dengan menangkap tokoh nasionalis
               Nehru ke Tanah Melayu pada tahun             seperti Ahmad Boestamam, Ishak Haji
               1937.                                        Muhammad dan Ibrahim Haji Yaakob.


                                                                                          25





 02 Fokus Sejarah Ting 4.indd   25                                                        19/02/2021   4:15 PM
   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27