Page 6 - RANGER SPM P.AKAUN
P. 6
MODUL 2 KLASIFIKASI AKAUN DAN
Prinsip Perakaunan SPM Modul 2 Klasifikasi Akaun dan Persamaan Perakaunan
PERSAMAAN PERAKAUNAN
Tingkatan 4
2.1
4 Komponen Akaun Perdangangan dan Untung
Rugi dan Penyata Kedudukan Kewangan
• Penyata Kewangan terdiri daripada Penyata Pendapatan dan Penyata Kedudukan
Kewangan yang disediakan untuk mengetahui keuntungan atau kerugian perniagaan
serta kedudukan kewangan pada akhir tempoh perakaunan.
Komponen dalam Penyata Pendapatan
• Penyata Pendapatan menunjukkan prestasi perniagaan sesebuah perniagaan bagi suatu
tempoh perakaunan.
• Penyata Pendapatan terdiri daripada Akaun Perdagangan dan Akaun Untung Rugi.
• Akaun Perdagangan terdiri daripada 2 komponen, iaitu:
o Jualan Bersih – hasil operasi perniagaan yang terdiri daripada jualan dan pulangan
jualan.
o Kos Jualan – kos dan belanja untuk membeli barang perniagaan. Ini termasuk inventori,
belian, pulangan belian, dan angkutan masuk.
• Contoh Akaun Perdagangan:
Perniagaan Ellis
Akaun Perdagangan bagi tahun berakhir 31 Disember 20X8
RM RM RM
Jualan 48 200
Tolak: Pulangan Jualan (520) Komponen
Jualan Bersih 47 680 jualan bersih
Tolak: Kos Jualan
Inventori Awal 5 590
Belian 18 940
Tolak: Pulangan Belian (410)
18 530
Tambah: Angkutan Masuk 353 Komponen
Duti Import 1 440 kos jualan
Kos Belian 20 323
Kos Barang untuk Dijual 25 913
Tolak: Inventori Akhir (7 200)
Kos Jualan (18 713)
Untung Kasar 28 967
14

