Page 7 - RANGER SPM P.AKAUN
P. 7

Prinsip Perakaunan  SPM  Modul 2 Klasifikasi Akaun dan Persamaan Perakaunan
                •  Akaun Untung Rugi pula terdiri daripada 2 komponen, iaitu:
                  o  Hasil – pendapatan yang dijana dalam perniagaan dalam sesuatu tempoh perakaunan.
                  o  Belanja – perbelanjaan yang dibayar dalam perniagaan.

                •  Contoh Akaun Untung Rugi:
                                    Perniagaan Ellis
                   Akaun Untung Rugi bagi tahun berakhir 31 Disember 20X8
                                                 RM         RM
                  Untung Kasar                             28 967                                    4
                  Tambah: Hasil
                  Faedah Diterima                 256
                  Diskaun Diterima                230                   Komponen
                  Komisen Diterima                252                    hasil
                                                             738
                                                           29 705
                  Tolak: Belanja
                  Belanja Susut Nilai             670
                  Diskaun Diberi                  254                   Komponen
                  Sewa                           1 200                  belanja
                  Gaji                           6 100
                                                           (8 224)
                  Untung Bersih                            21 481



                Komponen dalam Penyata Kedudukan Kewangan
                •  Penyata Kedudukan Kewangan ialah penyata yang menunjukkan kedudukan aset, liabiliti,
                  dan ekuiti pemilik sesebuah perniagaan.


                  Aset Bukan    •  Aset  yang  mempunyai  tempoh  hayat  penggunaan  lebih  daripada  satu
                    Semasa         tahun kewangan.
                                •  Aset yang mempunyai tahap kecairan rendah.

                     Aset       •  Aset yang mudah ditukar kepada wang dalam tempoh setahun kewangan.
                    Semasa      •  Aset yang mempunyai tahap kecairan tinggi.

                 Liabiliti Bukan   •  Merupakan hutang perniagaan yang boleh dijelaskan dalam tempoh lebih
                    Semasa         daripada satu tahun kewangan.

                    Liabiliti   •  Merupakan  hutang  perniagaan  yang  perlu  dijelaskan  dalam  tempoh
                    Semasa         setahun kewangan.

                                •  Merupakan pelaburan pemilik dalam suatu perniagaan.
                     Ekuiti     •  Keuntungan akan menambahkan ekuiti pemilik dan kerugian pula
                    Pemilik
                                   mengurangkan ekuiti pemilik.

 PB                                                                                            15
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12