Page 22 - MODULE & MORE SEJARAH TG4
P. 22

Sejarah  Tingkatan 4  Bab 2  Kebangkitan Nasionalisme

                2.6     Faktor Kemunculan Gerakan Nasionalisme



              21.  Berdasarkan huraian berikut, nyatakan faktor kemunculan gerakan nasionalisme yang betul.   3    m.s. BUKU TEKS
                                                                                                             34 – 35
                                         A                                 B                                 C
          BAB         Peranan                           Sistem                           Peranan media
                      agama
                                                        pendidikan
                                                                                         cetak
         2                               D                                 E                                 F
                      Penulisan                         Kemunculan                       Pengaruh luar
                      kreatif                           golongan intelektual             dan serantau




                 (a)   Menjadi penyalur maklumat, penyebar berita, pengkritik dan memuatkan idea             C
                       pembaharuan. Contohnya Jawi Peranakan, Sekola Melayu dan Fajar Sarawak.




                 (b)   Hasil kesusasteraan seperti cerpen, puisi dan novel yang menjadi wadah memaparkan     D
                       penderitaan rakyat dan keperitan hidup bangsa yang dijajah.



                 (c)   Pelajar yang melanjutkan pelajaran di Mesir terpengaruh dengan gerakan Islah yang
                       menyeru umat Islam kembali kepada ajaran Islam sebenar berpandukan al-Quran           A
                       dan hadis.



                 (d)   Kebangkitan Pan-Islamisme, Gerakan Islah, Revolusi China, perjuangan Mahatma          F
                       Gandhi dan Jose Rizal membangkitkan kesedaran nasionalisme.




                 (e)   Hasil perkembangan sistem pendidikan dari Timur Tengah, Inggeris dan Melayu yang      E
                       menggerakkan idea pembaharuan dalam masyarakat.



                 (f)   Melalui sistem pendidikan, pelajar didedahkan dengan idea falsafah Islam dan Barat
                       yang memperlihatkan kelemahan bangsa yang dijajah dan mendesak penjajah               B
                       melakukan perubahan.






               Bahagikan  kelas  kepada  enam  kumpulan.  Setiap  kumpulan  akan  memilih  salah  satu  daripada  faktor  kemunculan
               gerakan nasionalisme  di  negara kita. Adakan perbincangan secara mendalam tentang faktor tersebut. Bentangkan hasil
               perbincangan di hadapan kelas dan adakan sesi soal jawab.




             © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.                    26




       02 M&M SEJ TG4 2P.indd   26                                                                              21/02/2020   11:36 AM
   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27