Page 25 - MODULE & MORE SEJARAH TG4
P. 25

Sejarah  Tingkatan 4  Bab 2  Kebangkitan Nasionalisme

                28.  Nyatakan tujuan penubuhan persatuan berikut.   4                                        m.s. BUKU TEKS
                                                                                                                 40
                               Persatuan                                 Tujuan penubuhan

                                                  Menentang British dan mewujudkan Melayu Raya. Menyeru orang
                    (a)  Kesatuan Melayu Muda
                                                  Melayu untuk bangun sebagai bangsa bertamadun dan bersopan.
                                                                                                                         BAB

                    (b)  Persaudaraan Sahabat     Menggalakkan ahli bersatu dan bertukar-tukar pendapat.
                         Pena                                                                                          2


                                                  Menggalakkan ahli bergerak aktif dalam pentadbiran, memperjuangkan
                    (c)  Kesatuan Melayu          kepentingan orang Melayu dalam politik dan pendidikan serta
                         Singapura
                                                  mementingkan pelajaran teknik dan pengajian tinggi.


                29.  Jawab soalan berikut tentang persatuan masyarakat Cina dan India.   4                   m.s. BUKU TEKS
                                                                                                                 41
                    (a)  Apakah tujuan kedatangan pemimpin China, Dr. Sun Yat Sen ke Negeri-negeri Melayu Bersekutu?
                         Menjalinkan hubungan dengan pemimpin Cina dan mendapatkan sokongan menentang kerajaan
                         Manchuria di China.

                    (b)  Nyatakan masyarakat Cina yang memberi perhatian kepada kebajikan dan perkembangan politik
                        tempatan.


                         Masyarakat Cina yang dilahirkan di Negeri-negeri Selat atau Cina Peranakan dan lulusan
                         berpendidikan Inggeris seperti Tan Jiak Kim.

                    (c)  Apakah sumbangan Tan Cheng Lock dalam sejarah politik di Tanah Melayu?

                         Menubuhkan cawangan Persatuan Orang Cina Peranakan British (SCBA) di Melaka dan menuntut
                         peluang berkhidmat dalam perkhidmatan kerajaan.


                    (d)  Nyatakan persatuan yang menjaga kepentingan masyarakat India di Tanah Melayu.
                         Persatuan India Taiping, Persatuan India Pulau Pinang, Malayan Indian Association (MIA), dan
                         Central India Association of Malaya (CIAM).

                    (e)  Jelaskan perkembangan persatuan masyarakat Sikh.
                         Menjadikan berek polis, kuarters kerajaan dan gurdwara sebagai tempat aktiviti sosial dan keagamaan.
                         Gurdwara  menjadi  tempat penting  mengembangkan  kesedaran  politik anti-British.  Khalsa  Diwan
                         Malaya ditubuhkan pada tahun 1902 untuk menjaga kepentingan masyarakat Sikh.






                 Bahagikan kelas kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan akan memilih sebuah negara di Asia atau Asia Tenggara.
                 Isi perbincangan tentang gerakan nasionalisme di negara tersebut hendaklah merangkumi:
                 (a)  Faktor kemunculan                            (c)  Matlamat dan strategi perjuangan
                 (b)  Tokoh yang terlibat                          (d)  Kejayaan atau pengakhiran gerakan



                                                                 29                              © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.




       02 M&M SEJ TG4 2P.indd   29                                                                              21/02/2020   11:36 AM
   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30