Page 20 - Peribahasa Watafa
P. 20

C






         cacing hendak menjadi naga
         Maksud:  orang yang kecil-kecil hendak
         menjadi orang besar-besar

         Ayat  contoh:  Pemandu kereta ketua
         pengarah itu diberhentikan kerja serta-merta
         kerana didapati menyamar sebagai ketua
         pengarah untuk  menipu  seorang  wanita.
         Perbuatannya itu tidak ubah seperti  cacing
         hendak menjadi naga.


         cacing naik ke mata
         Maksud:  kelakuan yang melampau                  Sumber

         Ayat  contoh:  Penduduk bertindak terhadap    ♦ Novel Hempasan
         pemuda itu kerana perbuatannya yang             Ombak, hlm. 179
         umpama  cacing naik ke mata sudah tidak
         dapat dibiarkan begitu sahaja.

         cahaya mata

         Maksud:
         (a)  kilau mata, sinar mata
         (b)  kekasih, buah hati
         (c)  anak
         Ayat  contoh:
         (a)  Daripada  cahaya mata pemuda itu,           Sumber
              kejujuran jelas terpancar.               ♦ Novel Jejak MONPUS,
         (b)  Khalid terlalu gembira apabila gadis       hlm. 26
              itu bersetuju untuk menjadi  cahaya
              matanya.
         (c)  Hamdan sangat gembira kerana akan
              menimang cahaya mata pertama tidak
              lama lagi.



                                        84





   00C PERIBAHASA WATAFA.indd   84                                      06/07/2022   9:43 AM
   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25