Page 24 - Peribahasa Watafa
P. 24
Bahasa Melayu Peribahasa Watafa
cekik darah
Maksud: memeras wang, tenaga, dan lain- Sumber
lain
♦ Novel Hempasan
Ayat contoh: Perbuatan peniaga itu yang Ombak, hlm. 17 &
cekik darah kerana menaikkan harga barang 153
kawalan telah dilaporkan oleh pengguna ♦ Novel Tirani, hlm. 49
kepada pihak berkuasa.
cekur jerangau ada lagi di
ubun-ubun
Maksud: belum dewasa sudah hendak
melawan orang tua, belum ada pengalaman
Ayat contoh: “Kamu masih muda. Kata orang, Sumber
cekur jerangau ada lagi di ubun-ubun. Oleh ♦ Buku teks Tingkatan
itu, dengarlah nasihat ibu bapa sementara 4, hlm. 10
mereka masih ada,” kata Tok Akil apabila
cucunya, Nazril meminta dibelikan sebuah
motosikal berkuasa tinggi.
celik akal
Maksud: kenal akan yang benar (betul)
Ayat contoh: Ibu menasihati kami agar Sumber
sentiasa berwaspada dan celik akal dalam ♦ Buku teks Tingkatan
menjalani kehidupan harian supaya tidak 4, hlm. 174 & 175
melakukan kesalahan yang tidak sepatutnya.
celik huruf
Maksud: tahu membaca dan menulis Sumber
Ayat contoh: Adik Huda Liyana telah celik ♦ Buku teks Tingkatan
huruf sejak berusia empat tahun. 5, hlm. 185
88
00C PERIBAHASA WATAFA.indd 88 06/07/2022 9:43 AM

