Page 25 - Peribahasa Watafa
P. 25

Bahasa Melayu  Peribahasa Watafa
           cepat (pantas) seperti kilat

           Maksud:  sangat cepat                            Sumber
           Ayat  contoh:  Peragut itu melakukan          ♦ Buku teks Tingkatan
           jenayah ragut  cepat seperti kilat sehingga    1, hlm. 21, 106, &
                                                          149
           orang ramai yang menyaksikan kejadian itu
           tergamam.

           cermat masa banyak, jimat masa
           sedikit

           Maksud:  selalu berhati-hati dalam
           membelanjakan atau menggunakan sesuatu           Sumber

           Ayat contoh:  Ayah selalu mengingatkan        ♦ Buku teks Tingkatan
           Balkish supaya sentiasa berhemat demi masa     4, hlm. 157
           depannya. Pesan ayah, cermat masa banyak,
           jimat masa sedikit.


           condong diumpil, lemah dianduh
           Maksud:  orang yang dalam kesusahan,
           diberi pertolongan
           Ayat  contoh:  Ketika banjir melanda negeri      Sumber
           itu secara tiba-tiba, rakyat seluruh negara   ♦ Buku teks Tingkatan
                                                          4, hlm. 157
           menghulurkan bantuan kerana mereka sedar
           bahawa condong diumpil, lemah dianduh.

           cubit paha kanan, paha kiri sakit
           juga

           Maksud:    sekiranya     seseorang     itu       Sumber
           merosakkan kaum keluarganya sendiri, ia       ♦ Buku teks Tingkatan
           pun akan berasa kesusahannya juga              2, hlm. 48










                                          89





   00C PERIBAHASA WATAFA.indd   89                                      06/07/2022   9:43 AM
   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30