Page 4 - Praktis Pintar KSSR 2022 Tahun 5 - Penulisan
P. 4

Penulisan  Tahun 5  Bahagian B




                         Model Soalan dan Jawapan




           Gambar di bawah ini menunjukkan punca-punca kemalangan jalan raya.
           Tulis ulasan tentang punca-punca berlakunya kemalangan jalan raya dalam bentuk perenggan.
           Panjangnya ulasan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.














                 Kenderaan tidak                   Punca-punca                   Jalan rosak dan
             diselenggara dengan baik              Kemalangan                       berlubang
                                                   Jalan Raya












               Melanggar peraturan                                           Sikap pemandu yang cuai
           Kemalangan jalan raya yang banyak berlaku sejak belakangan ini berpunca daripada pelbagai
           faktor.
                Antaranya ialah keadaan kenderaan yang tidak diselenggara dengan baik mengikut tempoh
           masa  yang  ditetapkan.  Keadaan  ini  boleh  menyebabkan  kenderaan  mengalami  gangguan
           dan sukar untuk dikawal. Selain itu, keadaan jalan raya yang rosak dan berlubang-lubang juga
           menjadi penyumbang kepada kemalangan jalan raya. Kenderaan yang tidak sempat mengelak
           lubang-lubang berkenaan akan berhadapan dengan kemungkinan berlakunya kemalangan. Di
           samping itu, kecuaian pemandu, iaitu memandu dalam keadaan mengantuk dan menggunakan
           telefon bimbit menyebabkan mereka hilang tumpuan dan terlibat dalam kemalangan. Seterusnya,
           kemalangan juga berlaku berpunca daripada sikap pengguna yang mengabaikan peraturan jalan
           raya yang telah ditetapkan seperti melanggar lampu isyarat dan memandu melebihi had laju.
                Kesimpulannya,  kemalangan  jalan  raya  boleh  dielakkan  jika  orang  ramai  sentiasa
           menggunakan jalan raya secara berhemah.

               Tip
               Tip
                 Catatkan idea tersirat kepada idea tersurat yang diberikan dalam bahan rangsangan.
                 Contoh:  •  Idea tersurat – kenderaan tidak diselenggara dengan baik
                        •  Idea tersirat – menyebabkan kenderaan mengalami gangguan dan sukar dikawal

           © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.               14






      Bahagian B.indd   14                                                                            7/17/20   4:39 PM
   1   2   3   4   5   6   7   8   9