Page 8 - Praktis Pintar KSSR 2022 Tahun 5 - Penulisan
P. 8
Penulisan Tahun 5 Bahagian B
Praktis 4
Petikan di bawah ini berkaitan dengan pantang larang yang terdapat dalam kehidupan masyarakat
Melayu.
Lengkapkan ruangan isi tersirat tentang pantang larang tersebut.
Masyarakat Melayu terkenal dengan pantang larangnya. Orang-orang dahulu mencipta
pantang larang yang pelbagai demi kebaikan semua pihak tanpa mengira peringkat usia.
Antara pantang larang yang dicipta oleh mereka ialah kita tidak boleh duduk di atas
bantal kerana dibimbangi mendapat bisul. Selain itu, masyarakat dahulu juga melarang
anak-anak mereka memotong kuku pada waktu malam. Orang yang memotong kuku pada
waktu malam dikatakan akan pendek umur.
Kejadian pelangi yang timbul selepas hujan amat indah dipandang. Namun begitu, orang
tua-tua sering mengingatkan agar tidak menunjukkan tangan ke arah pelangi. Sekiranya kita
berbuat demikian, jari kita dikatakan akan menjadi kudung.
Kebanyakan rumah masyarakat pada zaman dahulu merupakan rumah kayu dan
bertangga. Oleh itu, masyarakat Melayu zaman dahulu dilarang duduk di muka tangga. Rezeki
dikatakan payah masuk ke dalam rumah seandainya kita suka duduk di muka tangga.
Banyak lagi pantang larang masyarakat pada zaman dahulu yang menjadi amalan
turun-temurun. Sebahagian daripada pantang larang ini masih diamalkan sehingga kini.
Pendahuluan: Petikan menerangkan pantang larang yang wujud dalam masyarakat Melayu
suatu ketika dahulu.
Isi tersurat Isi tersirat
1. Antaranya, kita tidak dibenarkan
duduk di atas bantal
2. Selain itu, kita juga dilarang
daripada memotong kuku pada
waktu malam
3. Di samping itu, kita juga tidak
boleh menunjukkan tangan ke
arah pelangi
4. Akhir sekali, kita tidak boleh
duduk di muka tangga
Kesimpulan: Masyarakat Melayu mengamalkan pantang larang untuk menjauhi pelbagai kesan
negatif dalam kehidupan.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 18
Bahagian B.indd 18 7/17/20 4:39 PM

