Page 9 - Praktis Pintar KSSR 2022 Tahun 5 - Penulisan
P. 9
Penulisan Tahun 5 Bahagian B
Praktis 5
Petikan di bawah ini berkaitan dengan kebaikan amalan menabung.
Lengkapkan ruangan isi tersirat tentang kebaikan amalan menabung.
Menabung merupakan amalan berjimat cermat yang patut diasuh kepada anak-anak sejak
mereka kecil lagi. Apabila menabung, kita dapat menyimpan sebahagian daripada wang kita.
Wang ini dapat digunakan terutamanya pada waktu kecemasan nanti.
Selain itu, menabung juga dapat memberi kita peluang untuk mengumpulkan wang
supaya dapat dibelanjakan pada masa hadapan. Wang yang terkumpul dapat digunakan
untuk pelbagai tujuan sama ada untuk diri sendiri ataupun untuk keluarga.
Amalan menabung yang dipupuk dalam jiwa anak-anak sejak kecil lagi akan menjadi
satu amalan rutin yang berterusan hingga dewasa. Hal ini dapat menjamin kehidupan kita
pada masa hadapan di samping menghindarkan diri daripada hidup dalam kesusahan dan
kepapaan.
Pendahuluan: Amalan menabung patut dipupuk dalam diri anak-anak sejak mereka kecil lagi.
Amalan ini banyak memberikan kebaikan kepada kita.
Isi tersurat Isi tersirat
1. Kita dapat menyimpan sebahagian
daripada wang apabila menabung.
2. Selain itu, amalan menabung
juga memberi kita peluang untuk
mengumpulkan wang.
3. Amalan menabung yang dilakukan
sejak kecil akan menjadi satu amalan
rutin yang berterusan hingga dewasa.
4. Seterusnya, kehidupan kita akan
sentiasa terjamin jika kita menabung.
Kesimpulan: Sesungguhnya, amalan menabung banyak manfaatnya. Oleh itu, kita haruslah
menabung walaupun sedikit kerana “sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit”.
19 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahagian B.indd 19 7/17/20 4:39 PM

