Page 7 - Praktis Pintar KSSR 2022 Tahun 5 - Penulisan
P. 7
Penulisan Tahun 5 Bahagian B
Praktis 3
Sajak di bawah ini menceritakan ciri-ciri sahabat yang baik.
Lengkapkan ulasan tentang ciri-ciri tersebut.
Sahabat,
dirimu amat kusayangi
saat aku kesedihan
saat aku gembira
pastinya engkau sentiasa
di sisi setia menemaniku.
Sahabat,
engkau tidak pernah jemu
membimbing dan membantu aku
menuntut ilmu.
Engkau juga sangat pemurah
tidak lokek membeli makanan
tidak takut kehabisan wang.
Sahabat,
ketenangan sikapmu
mengagumkan aku.
• pemurah dan tidak sesekali berkira dengan rakannya
• setia bersama-sama kita, baik ketika kita susah mahupun ketika kita senang
• tidak pernah berasa jemu untuk menolong rakan-rakannya
• membantu kita dalam pelajaran
Hampir semua orang mempunyai sahabat yang akrab. Sahabat dianggap orang yang kedua
penting dalam hidup seseorang, selain keluarga.
Sahabat yang baik lazimnya disayangi kerana (1)
. Selain itu, sahabat yang baik juga ialah pembimbing yang akan
(2) .
Dia akan berusaha untuk memastikan sahabatnya menempa kejayaan bersama-samanya.
Di samping itu, ciri sahabat yang baik adalah (3) .
Dia bersikap (4) . Sahabat itu
tidak akan kedekut untuk membelanjai kita makan atau membelikan kita sesuatu.
Kesimpulannya, sahabat yang baik akan dikagumi dan menjadi idola bagi setiap orang. Oleh
itu, kita wajarlah berusaha untuk menjadi rakan yang disayangi dan dikagumi.
17 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahagian B.indd 17 7/17/20 4:39 PM

