Page 32 - PBD Plus BM T3 (EG)
P. 32

Bahasa Melayu  Tingkatan 3  Pemindahan Maklumat
      Praktis     8

      Lihat poster di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam poster       Info
      tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.                    Pertanian
                                                                                                      di Malaysia




                      PAMERAN PERTANIAN, HORTIKULTUR,
                                   DAN AGROPELANCONGAN



                                         22 November – 2 Disember 2023
                              Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang
                                          10.00 pagi hingga 7.00 malam


        Faedah Industri Pertanian dan Penternakan

        ✰  Menonjolkan teknologi dan inovasi pertanian
            (agroteknologi) dalam industri agromakanan negara

        ✰  Menyediakan pelbagai peluang kerjaya dan bidang
            keusahawanan kepada rakyat
        ✰  Membangunkan dan memajukan industri pertanian

        ✰  Mempamerkan produk pertanian dan penternakan
            serta teknologi perkhidmatan agromakanan



           Pameran Pertanian, Hortikultur, dan Agropelancongan Malaysia yang diadakan di Taman Ekspo Pertanian

      Malaysia (MAEPS), Serdang banyak menyumbang kepada kemajuan industri pertanian dan penternakan. Pameran

      ini dapat menonjolkan agroteknologi pertanian dalam industri agromakanan negara. Dengan itu, banyak produk
      makanan berasaskan pertanian dan penternakan dapat dihasilkan demi bekalan makanan negara. Selain itu,

      pameran ini menyediakan peluang kerjaya dan bidang keusahawanan yang dapat diceburi oleh penduduk.

      Dengan peluang tersebut, anggota masyarakat dapat meningkatkan taraf hidup mereka. Seterusnya, kita dapat

      mempamerkan produk pertanian, penternakan, teknologi, serta perkhidmatan agromakanan untuk pengetahuan
      orang ramai. Hal yang demikian dapat meningkatkan eksport hasil pertanian dan penternakan yang mampu

      menjana pendapatan negara. Kesimpulannya, pameran ini merupakan usaha yang efektif untuk membangunkan

      serta meningkatkan mutu sektor pertanian dan penternakan negara.




















      © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.                    118






  04 Maklumat BM TG3.indd   118                                                                            11/11/2022   7:51 AM
   27   28   29   30   31   32   33   34   35