Page 28 - PBD Plus BM T3 (EG)
P. 28
Bahasa Melayu Tingkatan 3 Pemindahan Maklumat
Praktis 4
Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang usaha-usaha
untuk memartabatkan bahasa Melayu. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 100 patah
perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
Pendekatan lama melalui Kempen Bulan Bahasa, Bulan Cintai Bahasa Kita, dan lain-lain jelas kurang
memberikan kesan yang berkekalan kepada masyarakat. Oleh itu, kita wajar mencari dan mencuba
pendekatan baharu untuk memartabatkan bahasa Melayu, terutama dalam kalangan generasi muda masa
ini.
Sejarah kegemilangan lampau bahasa Melayu menunjukkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa
peribumi, berfungsi sebagai lingua franca, sifatnya yang sangat lentur, dan mudah dipelajari menjadikan
bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara kita. Oleh itu, pembinaan bahasa dimaksudkan sebagai
usaha ke arah memantapkan bahasa Melayu dari sudut sistemnya, iaitu sistem ejaan, sebutan, tatabahasa,
peristilahan, kosa kata, dan laras bahasa.
Bahasa Melayu telah diangkat statusnya di negara kita sebagai bahasa ilmu pengetahuan apabila
menjadi bahasa pengantar pada peringkat universiti. Oleh itu, kita perlu meneruskan tradisi ini agar bahasa
Melayu tidak lenyap dalam arus pemodenan masa ini. Kejayaan bahasa Melayu itu dapat dilihat sebagai
wahana ilmu pengetahuan melalui penggunaan bahasa tersebut dalam syarahan-syarahan perdana. Usaha
memperkasakan bahasa Melayu di institusi pengajian tinggi (IPT) adalah dengan menggunakan bahasa
Melayu dalam situasi-situasi rasmi dan memupuk semangat cinta akan bahasa tersebut.
Sayugia diingatkan bahawa bahasa Melayu masih merupakan bahasa utama dan bahasa rasmi dalam
sidang Parlimen, urusan pentadbiran kerajaan, dan bidang perundangan. Bahasa Melayu dalam bidang
teknologi maklumat perlu jelas untuk menjadikannya lebih berkeupayaan dan digunakan oleh lebih banyak
pengguna. Institusi pengajian tinggi tempatan perlu mengadakan lebih banyak kursus yang berkaitan
dengan kejuruteraan menggunakan bahasa Melayu.
Bahasa Melayu juga wajar meliputi bidang teknologi maklumat yang kian berkembang pesat ini.
Dengan cara ini, bilangan golongan yang menggunakan bahasa Melayu pada peringkat kepimpinan
dalam industri perisian dapat diperbanyak dan ditingkatkan, terutama dalam kejuruteraan perisian.
Syarikat tempatan atau golongan penyelidik perlu bekerjasama dengan Bestari Kata
pengeluar peralatan CASE luar negara untuk menterjemahkan perisian atau
program kepada bahasa Melayu sepenuhnya agar bahasa Melayu akan terus • lingua franca – bahasa
berkembang mengikut peredaran zaman. perantaraan antara
masyarakat yang berlainan
Walaupun sesetengah pihak kurang gemar menggunakan bahasa bahasa
Melayu, namun sebagai warganegara Malaysia, kita patut mencintai bahasa • wahana – saluran/
ibunda kita. perantaraan
• sayugia – sepatutnya/
selayaknya
Kita wajar mencari dan mencuba pendekatan baharu untuk memartabatkan bahasa Melayu, terutama dalam
kalangan generasi muda kini. Antaranya, kita meneruskan usaha mengangkat bahasa Melayu sebagai bahasa
pengetahuan. Selain itu, bahasa Melayu digunakan dalam syarahan-syarahan perdana dan dalam situasi rasmi.
Di samping itu, bahasa Melayu menjadi bahasa utama dan bahasa rasmi dalam sidang Parlimen, urusan
pentadbiran, dan bidang perundangan. Pada masa yang sama, bahasa Melayu juga digunakan dalam bidang
teknologi maklumat. Akhir sekali, institusi pengajian tinggi (IPT) perlu mengadakan kursus yang berkaitan
dengan kejuruteraan menggunakan bahasa Melayu. Kesimpulannya, kita patut mencintai bahasa ibunda kita
sendiri.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 114
04 Maklumat BM TG3.indd 114 11/11/2022 7:51 AM

