Page 31 - PBD Plus BM T3 (EG)
P. 31

Bahasa Melayu  Tingkatan 3  Pemindahan Maklumat
         Praktis    7
                                                                                                Info
         Lihat rajah di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam rajah
         tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.                 Demam Denggi


                                           Kes Denggi di Malaysia pada Tahun 2012
                                                       hingga Tahun 2017

                         140000
                                                                    120836
                         120000
                                                          103693              101357
                         100000                                                          83849
                       Bilangan kes  80000



                          60000
                                                43346
                          40000
                                      21900
                          20000


                               0
                                      2012      2013       2014      2015      2016      2017
                                                               Tahun



             Rajah  menunjukkan  jumlah  kes  demam  denggi  dari  tahun  2012  hingga  tahun  2017.  Pada  tahun  2012,

         sebanyak 21900 kes berlaku di negara kita. Bilangan ini paling sedikit mungkin kerana kesedaran yang tinggi
         dalam kalangan ahli masyarakat tentang bahaya denggi. Pada tahun 2015, bilangan kes demam denggi

         mencatatkan angka yang paling  tinggi, iaitu 120836 kes. Hal ini mungkin disebabkan oleh ketidakcekapan

         pengurusan sampah di kawasan penempatan sehingga menyebabkan nyamuk aedes mudah membiak. Pada
         tahun 2017, bilangan kes demam denggi semakin berkurang menjadi 83849 kes. Hal ini demikian kerana usaha

         yang giat dilaksanakan oleh pihak Kementerian Kesihatan seperti penyemburan asap di kawasan pembiakan

         nyamuk aedes. Kesimpulannya, anggota masyarakat perlu mempunyai kesedaran untuk menjaga kebersihan

         bagi menangani kes demam denggi yang merupakan antara penyakit yang berbahaya.























                                                          117                                 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.






  04 Maklumat BM TG3.indd   117                                                                            11/11/2022   7:51 AM
   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35