Page 27 - PBD Plus BM T3 (EG)
P. 27

Bahasa Melayu  Tingkatan 3  Pemindahan Maklumat
             Melalui pelancongan domestik, kita dapat mengenali dan memahami kebudayaan, adat resam, dan warisan

         negara. Dengan ini, perasaan bangga dan cinta akan negara timbul dalam diri kita. Selain itu, pelancongan
         domestik juga dapat menjana ekonomi negara serta menambahkan peluang pekerjaan dan perniagaan

         kepada rakyat. Di samping itu, pelancongan domestik juga dapat memberikan kesan terhadap industri
         pelancongan. Seterusnya, melancong dalam negara dapat merapatkan hubungan kekeluargaan kerana semua
         anggota keluarga bercuti bersama-sama. Kos melancong dalam negara juga agak lebih murah. Akhir sekali,

         pelancongan domestik mampu memupuk semangat patriotik serta memperkukuh jati diri rakyat.






         Praktis    3

         Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang sebab-sebab
         gengsterisme menular dalam kalangan murid. Panjangnya ringkasan anda hendaklah  tidak melebihi 100
         patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.


           Gengsterisme merujuk perilaku samseng dan buli. Gejala ini semakin berleluasa dalam kalangan murid
           pada masa ini. Murid bertindak liar dan melupakan moraliti masyarakat Malaysia yang kaya dengan budi
           bahasa. Ibu bapa sebenarnya mempunyai tanggungjawab yang besar terhadap anak-anak. Mereka perlu
           memerhatikan pergerakan anak-anak di luar waktu sekolah. Malangnya, kebanyakan ibu bapa kini terlalu
           sibuk dengan tugas dan kegiatan sendiri sehingga masa untuk bersama anak-anak terlalu terhad.
                Sikap ibu bapa yang terlalu menyebelahi dan memanjakan anak-anak menyebabkan tindakan
           membentuk moral murid sukar dijalankan. Segelintir pihak sekolah pula menyembunyikan kes-kes
           gengsterisme di sekolah kerana tidak mahu dihebohkan dan berpanjangan. Hal ini menjadikan tindakan
           undang-undang sukar diambil terhadap murid yang terlibat. Selain itu, rakan sebaya mempunyai pengaruh
           yang kuat berlakunya budaya buli dan samseng ini. Kes gengsterisme yang disiarkan melalui media massa
           kebanyakannya berlaku di sekolah berasrama. Hal ini berlaku apabila segelintir murid  senior membuli
           junior. Pemantauan yang lemah oleh pihak pengurusan asrama menyebabkan murid-murid mengambil
           peluang untuk melakukan aktiviti ini. Di samping itu, sikap murid yang pantang dicabar menyebabkan
           gengsterisme berleluasa.
               Masalah gengsterisme hanya dapat ditangani sepenuhnya jika ibu bapa         Bestari Kata
           memberikan kepercayaan kepada pihak sekolah. Pada masa yang sama,
           ibu bapa mestilah memberikan kerjasama sama ada melalui Persatuan Ibu     •  senior – lebih tua
           Bapa dan Guru (PIBG) atau datang ke sekolah terus. Penglibatan pihak polis   •  junior – lebih muda
           merupakan jalan terbaik bagi menyelesaikan masalah ini.




             Gejala gengsterisme semakin berleluasa dalam kalangan murid pada masa ini. Hal ini berpunca daripada
         sikap  kebanyakan  ibu  bapa  yang  sibuk  dengan  pekerjaan  dan  aktiviti  sendiri,  selain  terlalu  menyokong  dan
         memanjakan anak-anak. Di samping  itu,  segelintir  pihak  sekolah menyembunyikan  kes-kes  gengsterisme  di

         sekolah kerana tidak mahu diketahui umum dan berpanjangan. Selain itu, gengsterisme berlaku kerana murid
         menyimpan dendam kepada rakan yang pernah membulinya. Seterusnya, pengawasan pihak pengurusan asrama

         yang lemah menyebabkan gengsterisme berlaku. Malahan, sesetengah murid pula bersikap pantang dicabar.
         Kesimpulannya, ibu bapa, pihak sekolah, dan polis haruslah bekerjasama bagi menyelesaikan gengsterisme
         dalam kalangan murid.




                                                          113                                 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.






  04 Maklumat BM TG3.indd   113                                                                            11/11/2022   7:51 AM
   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32