Page 15 - Sukses Model Karangan 2022 SPM
P. 15

Bahasa Melayu  SPM  Bab 11  Peribahasa  /  Cogan Kata
                  pernah terjadi dalam arena politik zaman ibu bapa kita dahulu. Akibatnya, masyarakat dalam
                  dan luar negara dicelikkan dengan hal-hal yang sama sekali tidak menguntungkan malah
                  menjejaskan kredibiliti rakyat dan negara kita di mata dunia. Kita jugalah yang rugi kerana
                  menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri.

                       Seterusnya, kesejahteraan dan perpaduan masyarakat kita yang berbilang bangsa
                  ini akan terus dapat dikekalkan andai kata kita mengamalkan peribahasa ini. Isu lancang
                  mulut dan batu api pastinya akan dapat dielakkan dan sebarang tindakan membabi buta
                  hingga menjejaskan keharmonian dalam masyarakat dan mencetuskan konflik perkauman.
                  Oleh itu, segala provokasi tidak akan menjadi nanah dalam kehidupan hari ini. Natijahnya,
                  aman damailah kita tanpa ada anasir-anasir yang mampu untuk menggugat pembangunan
                  masyarakat Malaysia.

                       Jelaslah, sikap berhati-hati dalam melakukan sesuatu mahupun ketika membuat
                  keputusan tentang sesuatu tindakan amat    Sudut Kata
                  penting demi kebaikan diri, masyarakat, dan
                  negara. Barulah sesuai kita dilabelkan sebagai   •	fenomena:	kejadian	atau	kenyataan
                  masyarakat cemerlang, gemilang, dan terbilang.  •	kredibiliti:	perselisihan	/	perbentangan
                                                              •	natijahnya:	kesimpulannya

                  Koridor Peribahasa

                   •	beringat  sebelum  kena,  berjimat  sebelum  habis:	 hendaklah	 sentiasa	 berhati-hati	 supaya	 tidak
                     terpedaya	dan	kehabisan	harta
                   •	besar kepala:	bongkak;	sombong
                   •	menepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri:	menceritakan	keaiban	keluarga	akan	memalukan
                     diri	sendiri	juga
                   •	batu api:	penghasut
                   •	membabi buta:	melakukan	sesuatu	tanpa	berfikir	panjang




                   MODEL           Jika Tidak Dipecahkan Ruyung, Manakan
                         96        Dapat Sagunya                                Domain Peribadi





                     Untuk mencapai kejayaan, peribahasa “jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat
                     sagunya” perlu kita junjung sebagai suatu pedoman hidup.
                                                                              Sumber: Internet


                  Petikan di atas menyatakan bahawa sikap rajin berusaha penting untuk berjaya.
                  Buktikan ungkapan ini dengan menulis karangan selengkapnya.




                                                                                            307
   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20