Page 18 - Sukses Model Karangan 2022 SPM
P. 18

Bahasa Melayu  SPM  Bab 11  Peribahasa  /  Cogan Kata

               Penutup

                 Rumusan     •  bulatkan tekad untuk berjaya

                             •  berusahalah dengan bersungguh-sungguh, bukan sekadar melepaskan
                  Huraian
                                batuk di tangga sahaja
                             •  hanya  orang  yang  tidak  mengenal  erti  putus  asa  dan  bersedia  untuk
                   Unsur
                   KBAT         berjuang dengan sepenuh jiwa raga yang dapat menggenggam kejayaan
                                dalam kehidupan mereka




                  Karangan  Mantap
               Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Itulah kata-kata yang sering kita
               dengar. Maksudnya, berusahalah dengan bersungguh-sungguh kerana cita-cita atau sesuatu
               hajat itu tidak akan tercapai jika kita tidak bersusah payah terlebih dahulu. Kejayaan selalunya
               menjadi kepunyaan orang yang kuat berusaha dan hal ini memberikan kewajaran kepada
               kita agar menjadikannya sebagai suatu pedoman hidup.
                    Maksud  peribahasa  ini  turut  menekankan  bahawa  dalam  usaha  untuk  menggapai
               sesuatu kejayaan, kita haruslah menanam semangat dan iltizam yang kuat dalam diri. Selain
               itu, kita juga harus rela dan bersedia berdepan dengan segala bentuk cabaran hidup sebelum
               kejayaan menjadi kenyataan. Dalam hal ini, kata-kata yang bulat tidak datang menggolek,
               yang pipih tidak datang melayang memang ada benarnya. Inti pati kata-kata ini menjurus
               kepada pernyataan bahawa tiada suatu perkara yang dapat dicapai dengan mudah tanpa
               melalui susah payah dan pahit getirnya. Segala-galanya menuntut kekuatan minda dan
               ketahanan fizikal yang amat tinggi.

                    Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa seseorang yang berjaya dalam hidup akan
               lebih berpuas hati sekiranya kejayaan itu terhasil daripada penat lelah dan pengorbanannya
               selama ini. Pasti sekali, saat-saat manis yang dikecapi ketika kejayaan itu digenggam menjadi
               suatu saat yang paling bermakna bagi dirinya. Apatah lagi yang lebih membanggakan diri
               seandainya  kejayaan  mahupun  kekayaan  itu  didorong  oleh  semangat  jati  diri,  keutuhan
               hati, dan dipasrahkan dengan doa kepada Tuhan. Pendeknya, segala-galanya termaktub oleh
               tuntutan usaha kita sendiri bukannya dihadiahkan oleh sesiapa, waima ibu bapa sendiri.
               Jelaslah, kesanggupan dalam mengharungi segala bentuk cabaran dan dugaan serta berani
               berhadapan dengan risiko menjadi tunjang dalam misi untuk mencapai kejayaan.
                    Memang banyak peribahasa Melayu lain yang mendukung maksud yang lebih kurang
               sama dengan peribahasa jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Antaranya
               termasuklah, genggam bara api biar sampai jadi arang, alang-alang berminyak biar sampai



               310
   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23