Page 14 - Sukses Model Karangan 2022 SPM
P. 14

Bahasa Melayu  SPM  Bab 11  Peribahasa  /  Cogan Kata

                  Karangan  Mantap

               Orang yang bijak biasanya akan memikirkan buruk baik dan mempertimbangkan sesuatu
               perkara sehalus-halusnya sebelum melakukannya. Langkah ini amat baik sekali untuk
               mengelakkan sebarang masalah atau kesusahan yang melanda kita pada masa akan datang.
               Hal ini terkandung dalam maksud peribahasa berfikir sebelum berkata, berunding sebelum
               dibuat.
                    Mempraktikkan maksud peribahasa ini dalam kehidupan seharian akan banyak
               memberikan manfaat kepada kita. Hal ini dapat dikaitkan dengan  fenomena  kenaikan
               harga minyak dunia yang turut memberikan kesan kepada kita di Malaysia. Seiring dengan
               melambungnya harga bahan mentah ini, barangan keperluan harian yang lain turut menerima
               tempiasnya. Rata-rata harga barangan hari ini menjadi lebih tinggi dan hal ini menjejaskan
               kelangsungan dan kelancaran hidup kita terutamanya bagi golongan yang berpendapatan
               rendah. Jadi, amalan beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis perlu dijadikan teras
               dalam menguruskan perbelanjaan kita sehari-hari.

                    Jika dikaitkan ungkapan ini dengan kehidupan murid juga banyak benar untungnya.
               Murid-murid seharusnya mengingatkan diri masing-masing tentang baik buruknya sesuatu
               tindakan yang ingin dilakukan oleh mereka. Umpamanya, mereka tidak akan berani melanggar
               peraturan atau tatacara hidup seorang murid dengan ponteng sekolah atau mengabaikan
               pelajaran mereka jika mereka menyedari kesan perbuatan tersebut terhadap masa depan
               mereka. Pastinya, akan lahirlah generasi akan datang yang berkualiti jika peribahasa ini
               menjadi tunjang kehidupan murid hari ini.

                    Golongan remaja yang mengamalkan peribahasa ini juga tidak akan besar kepala dan
               terbabit dengan pelbagai gejala sosial yang begitu menular dalam masyarakat kita hari ini.
               Gelaran “mat rempit” dan “minah rempit” pastinya tidak akan wujud andainya remaja menilai
               akibat perbuatan mereka yang beraksi ala-ala “stuntman” ketika menunggang motosikal dan
               berlumba secara haram. Bahayanya terhadap nyawa mereka khasnya dan nyawa pengguna
               jalan raya lain amnya tentu sekali tidak semurah harga ikan kembung di pasar suatu masa
               dahulu. Begitu juga halnya jika remaja perempuan hari ini menjunjung nilai berfikir sebelum
               berkata, berunding sebelum dibuat dalam mengharungi kehidupan mereka. Pastinya golongan
               ini tidak akan menurut kata hati dan hawa nafsu dalam hal berkasih sayang sekiranya mereka
               sedar akan gejala lahirnya anak luar nikah dan pembuangan bayi yang seakan-akan tiada
               titik noktahnya hari ini.

                    Dalam hal berpolitik juga, sewajarnya peribahasa ini diutamakan. Tanpa berfikir akan
               buruk baik sesuatu tindakan itu atau terlafaznya sebarang kata-kata tanpa tapisan akan
               mengakibatkan keburukan yang berpanjangan. Hari ini, ahli politik tuding-menuding akan
               kerendahan moral sesama sendiri hingga dikaitkan dengan pelbagai salah laku yang tidak




               306
   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19