Page 13 - Focus SPM 2022 Tingkatan 4&5 - Sains
P. 13
Sains SPM Bab 12 Tenaga Nuklear
12.1 Penggunaan Tenaga Nuklear
1. Keperluan tenaga elektrik dunia semakin meningkat seiring peningkatan taraf hidup dan kemajuan
dalam bidang sains dan teknologi.
2. Kebanyakan tenaga elektrik dijanakan daripada pembakaran bahan api fosil seperti arang batu, petroleum
dan gas asli.
3. Seperti yang telah anda ketahui, bahan api fosil ialah sumber tenaga yang tidak boleh baharu. Oleh itu, T
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
simpanan bahan api fosil di Bumi semakin berkurang. i
n
g
4. Tenaga nuklear merupakan satu sumber tenaga alternatif yang penting untuk menggantikan bahan api k
a
t
fosil dalam penghasilan tenaga elektrik. a
n
5. Beberapa buah negara maju seperti Amerika Syarikat, Rusia dan Perancis telah menggunakan tenaga 4
nuklear sebagai sumber tenaga di negara mereka.
6. Di Asia pula, penggunaan tenaga nuklear telah berkembang pesat. Jepun menjana 29% keperluan
elektriknya daripada kuasa nuklear dan Korea Selatan memenuhi 38% keperluan elektriknya daripada
kuasa nuklear.
7. Rajah 12.1 menunjukkan negara-negara di dunia yang menggunakan tenaga nuklear.
Petunjuk:
• Lokasi stesen jana
kuasa nuklear
Rajah 12.1 Negara di dunia yang menggunakan tenaga nuklear
8. Selain digunakan dalam bidang penjanaan elektrik,
tenaga nuklear juga boleh diaplikasikan dalam bidang
pengangkutan. Kapal selam moden boleh menyelam dan
bergerak di dalam air selama lebih daripada enam bulan.
Kapal selam ini tidak perlu muncul di permukaan air
untuk mengisi bahan api. Kapal selam ini mempunyai
reaktor nuklear yang membekalkan sumber tenaga untuk
mengendalikan enjin dan sistem elektriknya untuk tempoh
masa yang panjang.
Rajah 12.2 Kapal selam menggunakan kuasa
nuklear
181

