Page 14 - Focus SPM 2022 Tingkatan 4&5 - Sains
P. 14
Sains SPM Bab 12 Tenaga Nuklear
9. Reaktor dalam stesen jana kuasa nuklear boleh menghasilkan isotop yang radioaktif, iaitu radioisotop
yang berguna dalam pelbagai bidang contohnya perubatan, pertanian dan perindustrian.
Perubatan Pertanian Perindustrian
Tiub GM dan
pembilang Pengesan
Tempat
Tanah bocor
mengandungi
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
baja radioaktif
T
i
n
g
Mensteril peralatan di hospital Mengkaji penyerapan dan Mengesan kebocoran paip bawah
k
a
dengan mendedahkan peralatan itu pergerakan baja tertentu oleh akar tanah
t
a
kepada sinaran radioaktif tumbuhan
n
4
Pengesan Sumber radioaktif
dan
pengimbas
Penggelek
Kertas
Tiub GM
Imej kelenjar
tiroid dihasilkan Mesin yang
daripada sinar mengawal
gama yang penggelek
dipancarkan Memandulkan serangga perosak Mengawal ketebalan lembaran
Radioterapi ialah kaedah yang supaya telurnya tidak dapat menetas kertas, plastik dan kepingan logam
menggunakan sinaran pengionan
untuk membunuh sel-sel kanser
yang memudaratkan
10. Walaupun tenaga nuklear merupakan sumber tenaga tidak boleh baharu (kerana tenaga nuklear dihasilkan
oleh bahan radioaktif yang diperoleh dari bawah tanah, seperti uranium-235), namun tenaga nuklear
merupakan sumber tenaga elektrik yang bersih, cekap tenaga dan efisien. Dianggarkan, sebuah reaktor
nuklear boleh mencapai sehingga 90% kapasiti pengeluaran elektrik berbanding 50% di loji jana kuasa
arang batu dan gas asli.
11. Hal ini bermaksud, terdapat pembaziran arang batu dan gas asli di samping pencemaran gas karbon
dioksida semasa proses pembakaran bahan api tersebut.
12. Namun begitu, penggunaan sumber tenaga nuklear mempunyai beberapa kesan buruk seperti:
(a) Penggunaan bahan radioaktif dan sisa radioaktif yang dihasilkan mencemarkan alam sekitar dan
mengancam kesihatan penduduk di sekeliling untuk jangka masa yang panjang
(b) Air panas yang dihasilkan oleh stesen jana kuasa nuklear mengakibatkan pencemaran haba terhadap
alam sekitar
(c) Bahan api nuklear boleh diperkaya dan digunakan untuk menghasilkan senjata nuklear yang
menyebabkan pemusnahan besar-besaran
(d) Terdapat risiko kemalangan nuklear semasa reaktor nuklear sedang beroperasi
Cuba Ini! 12.1
S1 Nyatakan tiga aplikasi radioisotop.
S2 Tenaga nuklear merupakan tenaga alternatif yang dapat menggantikan bahan api fosil.
Terangkan kebaikan tenaga nuklear berbanding dengan bahan api fosil.
S3 Nyatakan dua kesan buruk penggunaan tenaga nuklear.
182

