Page 7 - Ranger PT3 Bahasa Melayu 2020
P. 7
Bahasa Melayu PT3 Bab 2 Pemahaman Teks
BAB
2 PEMAHAMAN TEKS
2.1 Tingkatan 1
Bab 2
Antologi Kuingin Berterima Kasih
Analisis Puisi Tradisional
2.1.1 Pantun Dua Kerat (Nasihat)
Maksud
Rangkap 1 – Hubungan kekeluargaan, persaudaraan, dan persahabatan yang erat.
Rangkap 2 – Orang yang suka tidur akan ketinggalan.
Rangkap 3 – Kita jangan memandang rendah terhadap kemampuan orang lain kerana
mereka juga memiliki kelebihan.
Rangkap 4 – Pemalas sama ada dalam kalangan murid atau pekerja tidak akan
memperoleh kejayaan dalam hidup mereka.
Rangkap 5 – Pentingnya amalan kerjasama dalam kalangan masyarakat untuk
menjayakan pekerjaan.
Tema
Tema pantun ini ialah pedoman untuk pembentukan peribadi seseorang.
Nasihat ini merangkum aspek perhubungan dengan orang lain, amalan
kerajinan, dan tolong-menolong.
Persoalan
1. Perasaan kasih sayang dalam kalangan manusia untuk membentuk
masyarakat penyayang.
2. Sikap malas akan membawa kerugian kepada sesiapa sahaja.
3. Kepentingan amalan tolong-menolong dalam kalangan masyarakat
demi menjayakan sesuatu pekerjaan.
Bentuk Pantun
1. Pantun ini terdiri daripada lima rangkap.
2. Setiap rangkap pantun terdiri daripada dua baris.
3. Setiap baris terdiri daripada tiga patah perkataan hingga lima patah perkataan.
4. Bilangan suku kata bagi setiap baris pantun ini ialah lapan hingga sebelas suku kata.
5. Pantun ini berbentuk terikat dan mempunyai rima akhir aa.
40 PB
02a RANGER BM PT3.indd 40 28/06/2019 9:17 AM

