Page 8 - Ranger PT3 Bahasa Melayu 2020
P. 8

Bahasa Melayu PT3  Bab 2 Pemahaman Teks
        Gaya Bahasa
          1. Responsi – Berapa jauh wujud dengan sifat,
                         Sejauh lutut dengan pelipat.
          2. Kata ganda – Hitam-hitam
          3. Repetisi – Buah sintang buah senikul,
                      Satu memegang satu memikul.

        Nilai
          1. Kasih sayang – Perasaan kasih sayang dalam kalangan masyarakat akan membentuk
            masyarakat penyayang.                                                            Bab 2
          2. Kesyukuran – Bersyukur dengan setiap anugerah yang diberikan oleh Tuhan kepada
            kita.
          3. Kerajinan – Sikap rajin akan membawa kejayaan hidup bagi seseorang individu.
          4. Kerjasama – Amalan kerjasama dapat memudahkan sesuatu pekerjaan.

        Pengajaran
          1. Kita haruslah membentuk masyarakat penyayang agar perpaduan terus utuh.
          2. Kita haruslah bersikap rajin untuk memperoleh kejayaan dalam hidup.
          3. Kita janganlah pemalas kerana sikap ini akan mendatangkan kerugian kepada diri.
          4. Kita wajarlah mengamalkan sikap tolong-menolong demi menjayakan sesuatu tugas.





         PRAKTIS      FORMATIF           2.1.1

          Berdasarkan ‘Pantun Dua Kerat (Nasihat)’ dalam antologi Kuingin Berterima Kasih, jawab
          soalan-soalan yang berikutnya.
            1.  Berdasarkan  rangkap kelima Pantun  Dua  Kerat (Nasihat), apakah  amalan  yang
             dianjurkan kepada kita?
             A  Bersikap rajin                   C  Sentiasa ikhlas
             B  Saling bekerjasama               D  Saling bertegur sapa
            2.  Yang berikut merupakan persoalan yang terdapat dalam Pantun Dua Kerat (Nasihat)
             kecuali
             A  sikap yang terpuji wajar menjadi amalan masyarakat.
             B  kerajinan dalam berusaha.
             C  menghindari sikap malas.
             D  membanding-bandingkan rupa paras orang.
            3.  Pada pendapat anda, mengapakah kita tidak patut bersikap malas dalam kehidupan
             kita?  KBAT
                   KBAT






 PB                                                                                    41






 02a RANGER BM PT3.indd   41                                                      28/06/2019   9:17 AM
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13