Page 12 - Ranger PT3 Bahasa Melayu 2020
P. 12

Bahasa Melayu PT3  Bab 2 Pemahaman Teks
        Pengajaran
          1. Kita  hendaklah  membantu golongan  yang  kurang bernasib baik agar  kehidupan
            mereka terbela.
          2. Kita haruslah insaf bahawa hidup kita mempunyai tempoh tertentu dan seharusnya
            memanfaatkan kehidupan kita dengan baik.
          3. Kita mestilah bersikap bertanggungjawab terhadap kepentingan masyarakat.
          4. Kita wajar bersikap prihatin terhadap golongan yang memerlukan bantuan kita.
                                                                                             Bab 2



         PRAKTIS      FORMATIF          2.1.3


          Berdasarkan sajak ‘Kita Umpama Sehelai Daun’ dalam antologi Kuingin Berterima Kasih,
          jawab soalan-soalan yang berikutnya.
            1.  Mengapakah kita disamakan dengan sehelai daun?
             A  Tidak kedekut
             B  Tidak bersikap malas
             C  Kehidupan kita ada permulaan dan pengakhiran
             D  Mengamalkan sikap yang baik dalam kehidupan
            2.  Contoh gaya bahasa personifikasi yang terdapat dalam sajak Sehelai Warna Daun
             ialah
             A  kita umpama sehelai daun.        C  di mana lagi tempat bernaung.
             B  tempat bercanda unggas meriang.   D  di bawah redup bebayang mentari.

            3.  Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu berbakti semasa hayat kita?  KBAT
                                                                             KBAT








        2.1.4  Kuingin Berterima Kasih

        Maksud
        Rangkap 1  –  Penyajak berterima kasih kepada hujan yang membantu untuk menyejukkan
                     keadaan, menenteramkan jiwa, dan mengurangkan perasaan marah manusia.
        Rangkap 2  –  Penyajak berterima kasih kepada tanah yang subur kerana menjadi tempat
                     para petani bercucuk tanam dan memperoleh rezeki daripadanya.
        Rangkap 3  –  Penyajak berterima kasih kepada ikan-ikan di laut yang menjadi sumber
                     pendapatan para nelayan.
        Rangkap 4  –  Penyajak  kagum akan anggota tentera  yang sanggup  berkorban  demi
                     mempertahankan tanah air.


 44                                                                                    45






 02a RANGER BM PT3.indd   45                                                      28/06/2019   9:17 AM
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17