Page 10 - Ranger PT3 Bahasa Melayu 2020
P. 10

Bahasa Melayu PT3  Bab 2 Pemahaman Teks
          3. Kesyukuran – Bersyukur dengan ciptaan Tuhan yang memberi manfaat yang besar
            kepada manusia.

        Pengajaran
          1. Kita haruslah hidup bersatu padu dalam masyarakat tanpa mengira kedudukan dan
            kekayaan.
          2. Kita haruslah menjaga kelestarian alam sekitar kerana banyak manfaatnya terhadap
            kehidupan kita.
          3. Kita janganlah sesekali bersikap mementingkan diri dalam kehidupan bermasyarakat
            kerana hal ini akan merugikan diri kita.                                         Bab 2



         PRAKTIS      FORMATIF          2.1.2


          Berdasarkan ‘Syair Pohon Buluh’ dalam antologi Kuingin Berterima Kasih, jawab soalan-
          soalan yang berikutnya.

            1.  Apakah  maksud frasa  hingga sampai  ke kemuncak  menara  dalam  baris kedua
             rangkap kedua syair?
             A  Berada di puncak pohon buluh     C  Hinggap di bahagian tertinggi
             B  Amat tinggi kedudukannya         D  Kedudukan di atas menara
            2.  Bagaimanakah kesatuan yang dibentuk oleh pohon buluh tersebut?
             A  Keutuhan perpaduan               C  Keikhlasan menjalankan tugas
             B  Peranan dan tanggungjawab        D  Keberanian menunaikan peranan
            3.  Pada pendapat anda, apakah kepentingan perpaduan kaum di negara kita?  KBAT
                                                                            KBAT











        Analisis Puisi Moden

        2.1.3  Kita Umpama Sehelai Daun
        Maksud

        Rangkap 1  –  Hidup manusia bagaikan sehelai daun. Setelah dilahirkan, kita mengalami
                     proses tumbesaran sehingga dewasa. Pada masa yang sama, kita berjasa
                     kepada kehidupan orang lain.
        Rangkap 2  –  Sekiranya kita lokek untuk berbakti  dan  membantu orang lain, mereka
                     yang  dalam  kesusahan  tidak berpeluang  untuk mendapatkan bantuan.
                     Kehidupan mereka akan terus sukar dan tersepit.

 42                                                                                    43






 02a RANGER BM PT3.indd   43                                                      28/06/2019   9:17 AM
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15