Page 10 - BUKU MESYUARAT AGONG NEGERI PULAU PINANG 2021
P. 10
LAPORAN TAHUNAN
Mesyuarat Agung Negeri Pulau Pinang
JAWATANKUASA PERHUBUNGAN ANGKASA NEGERI PULAU PINANG
PENGENALAN
Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) merupakan badan perhubungan antara
Lembaga ANGKASA (JTK) dengan koperasi anggota dalam sesebuah negeri. JPAN akan
membantu JTK dalam menjalankan aktiviti ANGKASA dan melaksanakan apa jua kegiatan untuk
kepentingan, kebajikan dan kemajuan koperasi anggota khasnya serta koperasi lain selaras
dengan Visi dan Misi ANGKASA yang telah ditetapkan.
STRUKTUR ORGANISASI
Setiap JPAN mempunyai seorang Pengerusi dan 11 Anggota Jawatankuasa serta dibantu oleh
sekurang-kurangnya enam orang kakitangan. Pejabat JPAN terletak di lokasi yang mudah
dikunjungi oleh koperasi anggota ANGKASA. JPAN bertanggungjawab melaksanakan kegiatan
yang ditetapkan oleh JTK berdasarkan peruntukan kewangan yang disalurkan oleh ANGKASA
Pusat. JPAN perlu melaksanakan peraturan pentadbiran dan pengurusan dengan mengadakan
Mesyuarat JPAN, Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Negeri (JKKN) dan mesyuarat jawatankuasa
kecil yang diwujudkan. Laporan aktiviti ini dimajukan kepada JTK dan diaudit oleh Jawatankuasa
Audit Dalaman (JAD) ANGKASA bagi memastikan setiap JPAN berfungsi dengan baik.
7

