Page 8 - BUKU MESYUARAT AGONG NEGERI PULAU PINANG 2021
P. 8

LAPORAN TAHUNAN

                                                            Mesyuarat Agung Negeri Pulau Pinang


                 Konsep  perniagaan  ANGKASA  adalah  jelas  dan  merupakan  cara  yang  paling  berkesan  untuk
                 mengeksploitasi  peluang  ekonomi  dan  seterusnya  menghasilkan  peluang  pelaburan  terbaik  bagi
                 koperasi dan anggota koperasi ANGKASA.  Peluang perniagaan ini akan dikenal pasti melalui projek

                 setiap sektor peneraju di bawah satu pelan perniagaan ANGKASA iaitu Pelan Induk Ekonomi Strategik
                 ANGKASA untuk merangsang dan membangunkan perniagaan ANGKASA dan gerakan koperasi.























                 Peluang perniagaan yang dikenal pasti mempunyai impak tinggi kepada gerakan koperasi akan dijadikan
                 projek inkubator yang akan dicanai dan digerakkan di bawah ANGKASA Niaga atau subsidiari-subsidiari

                 ANGKASA,  seterusnya  akan  diperluas  kepada  koperasi  dan  anggota  koperasi.    Kerjasama  yang
                 komprehensif antara Sektor dan ANGKASA Negeri perlu digembleng dalam memainkan peranan yang
                 aktif bagi memastikan koperasi di peringkat negeri mendapat maklumat yang lengkap berkaitan setiap
                 projek yang dilaksanakan.  Sokongan menyeluruh melalui galakkan penglibatan koperasi dalam setiap
                 ekosistem rantaian nilai sesuatu projek, bermula dari jaringan bahan mentah sehingga produk akhir untuk

                 dipasarkan amat diperlukan dalam memastikan kejayaan projek-projek perniagaan koperasi yang telah
                 diwujudkan melalui sektor.






                                                           5
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13