Page 15 - BUKU MESYUARAT AGONG NEGERI PULAU PINANG 2021
P. 15
LAPORAN TAHUNAN
Mesyuarat Agung Negeri Pulau Pinang
Persidangan Negeri Pulau Pinang Tahun 2019 bermula pada jam 10.00 pagi dengan bacaan ayat
Al-Quran dari Surah An-Nisa’ ayat 59-64 oleh Adik Muhamad Arif Mohd Shubli, diikuti nyanyian lagu
“Negaraku” dan “Semangat Koperasi”.
UCAPAN PENGERUSI JPAN PULAU PINANG
Pengerusi memulakan ucapan dengan salam dan mengalu-alukan kehadiran
YB Dato’ Ir. Hj Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Tn. Hj.
Zakaria Mat Jusoh, Pengarah SKM Pulau Pinang, Dato’ Hj. Abdul Fattah Hj. Abdullah, Presiden
ANGKASA, Dato’ Hj. Kamarudin Ismail, Timbalan Presiden, En. Hafifi Abd Halim, Penolong Pengarah
Unit Ko-Korikulum Jabatan Pendidikan Pulau Pinang, Naib-Naib Presiden ANGKASA, Tn. Hj.
Zaharudin Alias, anggota JAD ANGKASA, Pengurusan Kanan ANGKASA, serta semua perwakilan
dan pemerhati yang sama-sama hadir menjayakan persidangan perwakilan ANGKASA Pulau Pinang.
Beliau turut merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada YB Dato’ Ir. Hj. Ahmad Zakiyuddin Abdul
Rahman kerana sudi hadir merasmikan persidangan tersebut. Tambah beliau, persidangan tersebut
penting dalam menentukan hala tuju ANGKASA sebagai badan apeks yang hebat seterusnya dapat
membantu koperasi untuk meningkatkan ekonomi bagi mencapai objektif ANGKASA. Beliau amat
menghargai kehadiran para perwakilan dan berharap pertambahan bilangan perwakilan pada tahun-
tahun hadapan.
Beliau memaklumkan terdapat 719 buah koperasi yang berdaftar di Pulau Pinang tetapi 578 sahaja
yang menjadi ahli ANGKASA. Daripada jumlah 578 tersebut 314 buah koperasi telah mendaftar dalam
persidangan. Selain itu, beliau menggesa perwakilan yang hadir menjadikan Co-opbank Pertama,
Bank Rakyat dan Koperasi Tunas Muda Sg. Ara Berhad yang semuanya bermula di Pulau Pinang
sebagai contoh dalam memajukan koperasi masing-masing.
Kepimpinan ANGKASA Pulau Pinang yang baharu mengambil alih pentadbiran sentiasa memikir dan
mencari jalan supaya dapat membantu meningkatkan pencapaian dan memajukan koperasi-koperasi
di Pulau Pinang. Bermula dengan mengadakan sesi kunjung hormat terhadap YDP TYT Pulau
Pinang, kunjungan terhadap TKM 1 Pulau Pinang, kunjungan terhadap EXCO Pertanian, Pengarah
SKM Pulau Pinang, Pengarah KPDNHEP Pulau Pinang.
ANGKASA Pulau Pinang telah menubuhkan jawatankuasa kecil sektor-sektor bagi mengerakkan
aktiviti koperasi dengan lebih berkesan. Antaranya Sektor Peruncitan (Usahawan), Sektor Pertanian,
Sektor Hartanah & Kewangan, Sektor Bahagian Syariah (Koperasi Kariah Masjid), Sektor
Pembangunan Wanita Negeri dan Sektor Bahagian Sekolah.
Antara perancangan ANGKASA Pulau Pinang bagi tahun 2020:
i. Mewujudkan satu konsortium berkaitan projek Tanjung Waterfront Habour Cruise iaitu projek
bot pelancongan koperasi Pulau Pinang untuk membawa pelancong datang melalui Kapal Star
Cruise.
ii. Penggabungan 13 koperasi sebagai Pusat Dialisis koperasi. Projek tersebut sedang menunggu
kebenaran zonning dari Kementerian Kesihatan.
iii. Mengenal pasti beberapa koperasi yang ingin bergabung dalam menubuhkan sebuah hospital
swasta di Jawi yang masih dalam proses perbincangan.
12

