Page 39 - Buletin JSKM 2020
P. 39
37
HERO MATEMATIK ISLAM: AL-KHAWARIZMI
Oleh: Fadzilawani Astifar Alias
Nama penuhnya ialah Muhammad Ibn Musa AL-Khawarizmi. Beliau adalah ilmuwan
islam dalam bidang Matematik dan Astronomi. Lahir dalam keluarga Parsi di Uzbekistan
pada tahun 780 Masihi/164 Hijrah.
Beliau mencipta satu evolusi ilmu matematik dengan meletakkan nilai pada angka 0 atau
sifar yang sebelum ini tidak mempunyai nilai yang mana pengiraannya hanya sehingga
angka 9. Beliau diangkat oleh dunia Barat sebagai Bapa Algebra.
Asal perkataan Algebra diambil dari perkataan AL-Jibra, buku yang ditulis oleh Al-
Khawarizmi yang bermaksud penyelesaian sistem persamaan. Ini ada kaitan dengan
masalah yang dihadapi oleh umat Islam pada ketika itu seperti Faraid, Pembahagian
Pusaka, Zakat dan mencari arah kiblat.
Al-Khawarizmi terus mencipta dan menyelesaikan pelbagai masalah nombor dan
pengiraan serta memberi ilham kepada kod binari yang digunakan hingga ke hari ini.
Pakar ilmuwan Barat turut mengakui dan mengiktiraf Al-Khawarizmi sebagai tokoh
Islam tersohor dalam bidang Matematik. Buku agungnya tersimpan di Perpustakaan
Oxford, England dan masih diguna pakai sebagai rujukan hingga ke hari ini.

