Page 41 - Buletin JSKM 2020
P. 41

39






                                                      Dengan amalan-amalan yang kita buat, maka kita berdoa supaya Allah akan
                                                      angkatkan  darjat  kita  di  atas  kebaikan  yang  kita  lakukan  Semoga  dengan
                                                      amalan tersebut maka kita diangkat dan tergolong dikalangan para solehin,
                                                      para nabi dan sahabat serta diangkat sebagai kalangan ahli syurga walaupun
              3W                                      kita tidak layak disisinya. Oleh itu jika kita mahu darjat kita diangkat disisi Allah

                                                      maka kita juga perlu memberi penghormatan kepada manusia lain terlebih
                                                      dahulu selepas penghormatan pertama iaitu Allah, para nabi dan rasul.




                                                      Kurniakan rezeki kepadaku. Rezeki bukan semata-mata duit tetapi apa-apa
                                                      rezeki yang memberi manfaat kepada kita. Contohnya rezeki duit yang banyak
                                                      membolehkan  kita  sedekah,  berinfaq  di  jalan  Allah  dan  membayar  zakat,
              4W                                      Diberikan rezeki anak dan anak yang dikurniakan adalah anak yg sentiasa
                                                      memberi manfaat kepada kedua ibu bapanya. Disebalik rezeki yang diberi ada
                                                      manfaatnya.  Jadi  kita  perlu  meminta  rezeki  yang  diberi  biarlah  rezeki  itu
                                                      manfaat dan berkat.




                                                     Walaupun kita lahir dalam islam dan telah dapat hidayah tetapi setiap hari kita
                                                     perlukan  hidayah  dari  Allah.  Setiap  hari  kita  berhadapan  dalam  membuat
              5W                                     keputusan maka kita perlu ilham, idea dan hidayah daripada Allah. Oleh itu

                                                     untuk membuat keputusan dan keputusan itu Allah redha, maka kita perlukan
                                                     doa ini sebagai petunjuk dan ilham agar keputusan itu adalah di dorang dari

                                                     Allah.
                                                     .

                                                       Setiap orang hendak sihat. Sihat adalah subjektif. Kesihatan yang baik itu ialah
                                                     samada  dari  segi  mental  dan  fizikal.  Kesihatan  bukan  pada  luaran  sahaja

                                                     tetapi  juga  perlu  kesihatan  dalaman  iaitu  rohani.  Siihat  luaran  contohnya
                                                     dikurniakan pancaindera iaitu mata yang cantik dan terang dan dengan mata
               6W                                    tersebut di jaga dengan tidak melihat perkara-perkara maksiat. Semoga doa

                                                     ini  Allah  kurniakan  kita  kesihatan  luaran  dan  dalaman  dan  dipermudahkan
                                                     untuk kita berbuat amalan kebaikan.
                                                     .



                                                     Kita  memohon  maaf  sekali  lagi  diakhir  doa  ini  walaupun  diawal  kita  telah

                                                     memohon ampun. Beza ghofu dan a’fu ialah ghofu Allah maafkan kita tetapi
                                                     masih tercatat dosa kita dalam buku catatan amalan tetapi a’fu ialah kemaafan
                                                     yang dipadamkan dengan dosa tidak lagi dibentangkan diakhirat kelak. Al’afu
               7W                                    adalah kemaafan yang di berikan oleh Allah dan Allah maafkan kita dengan di

                                                     padamkan amalan catatan keburukan dalam catatan buku amalan kita. Hal ini
                                                     supaya  apabila  buku  catatan  amalan  dibentangkan  dan  diterima  catatan
                                                     amalan dengan tangan kanan.
   36   37   38   39   40   41   42   43   44   45   46