Page 42 - Buletin JSKM 2020
P. 42

40





                                        Koleksi Tulisan Hj. Mohd Anwar Khan

                                                Oleh: Siti Balqis Mahlan




               Tulisan  tangan  yang  kemas  dan  cantik  merupakan  suatu  kelebihan  bagi  si  penulis.
               Gabungan  elemen  di  antara  tulisan  rumi  dan  jawi/arab  menjadikan  hasil  tulisan  ini
               kreatif dan unik. Setiap orang memiliki tulisan tangan yang tersendiri. Bagi penganalisis
               tulisan tangan, ia menggambarkan watak seseorang di sebalik lakaran.

               Salah satu koleksi paparan tulisan yang menarik ini boleh dilihat di Masjid Bandar Seri
               Putra, Bangi. Tulisan ini bukan sahaja mampu memikat hati ahli jemaah di masjid ini,
               malah tulisan tangan ini mempunyai mesej yang penuh bermakna dengan pengajaran.
               Antara berikut merupakan koleksi tulisan tangan yang dimaksudkan.
























               Hasil tulisan ini seperti bahan cetakan namun pada hakikatnya ia adalah tulisan tangan
               yang  ditulis  secara  kreatif  di  papan  putih  yang  terletak  di  perkarangan  masjid.
               Kebanyakan paparan yang ditulis ini merupakan petikan dari hadis, ayat-ayat suci Al-
               Quran dan kata-kata pedoman yang boleh dijadikan panduan hidup. Koleksi tulisan ini
               boleh juga dilayari di laman sesawang http://masjidbsp.org.my/tazkirah/Penulis yang
               dimaksudkan  ialah  Hj.  Mohd  Anwar  Khan  yang  berasal  dari  Miri,  Sarawak.
               Beliaumerupakan  bekas  pengetua  di  SMK  Dato  Permaisuri  Miri.  Beliau  juga  pernah
               bekerja di Sarawak Shell Berhad Miri, Sarawak dan Sabah Shell Petroleum Co Ltd, Kota
               Kinabalu, Sabah.
   37   38   39   40   41   42   43   44   45   46   47