Page 40 - Buletin JSKM 2020
P. 40
38
FORMULA ‘1R’ dan ‘7W’
(PENGHAYATAN DUDUK DIANTARA DUA SUJUD)
Oleh : Siti Asmah Mohamed
Duduk diantara dua sujud adalah rukun fiqli yang wajib ketika dalam solat yang melibatkan
perbuatan duduk seketika walaupun sebentar dengan sekadar perkataan Subhanallah dan tidak sah solat
jika tidak melakukannya. Bacaan ketika duduk diantara dua sujud adalah sunat dibaca dan jika tidak dibaca
solat masih sah tetapi adalah sangat rugi dan lebih malang lagi bila dibaca sangat laju serta tidak sedar
apa yang dibaca. Hal ini kerana solat adalah waktu yang sangat baik untuk meminta. Solat itu sendiri dari
sudut maksud iaitu doa atau permohonan. Oleh itu, setiap bacaan dalam solat adalah doa dan solat itu
adalah sebaik-baik permohonan. Sesungguhnya hamba dengan Allah sangat dekat ketika sujud dan
perbanyakkan sujud untuk berdoa. Jadi sebaik-baik tempat untuk meminta kepada Allah adalah di dalam
solat berbanding kita meminta di luar solat. Dalam Al-quran menyatakan “Wasta'inu bish-shabri wash-
sholah” yang bermaksud mohonlah pertolongan dengan sabar dan mendirikan solat. Jadi ambil peluang
dengan solat sebagai satu ruang permohonan walaupun secara lintasan hati Allah boleh tunaikan apatah
lagi kita lafazkan secara lisan ketika bacaan dalam solat. “Sesungguhnya Allah tidak menerima permintaan-
permintaan daripada hati yang lalai. Dlm erti kata, kita sendiri tidak perasan atau tidak sedar apa yang kita
baca ketika solat. Kita manusia yang penuh dengan kelalaian dunia dan kadang-kadang dengan kehendak
kerja menyebabkan kita terleka sehingga menyebabkan masa yang diluangkan dengan Allah terlalu
sekejap, Jadi kita perlu menghayati doa diantara dua sujud yang mana doa ini merangkumi dan
mencukupkan keperluan kehidupan kita didunia dan akhirat. Untuk mendalami doa diantara dua sujud
maka fahamilah formula 1R dan 7W.
Kita meminta kepada Allah dengan keampunan samada dosa kecil atau besar
kerana sebagai manusia biasa kita tidak lepas daripada melakukan dosa
sebab kita bukan nabi atau malaikat. Kita sentiasa perlu bersegera memohon
keampunan Allah. Jadi di antara satu solat dengan solat lain akan
1R menghapuskan dosa diantaranya. Melalui doa ini, kerana kita manusia
sentiasa melakukan dosa sentiasa perlukan keampunan daripada Allah
sepertimana nabi yang sentiasa meminta keampunan walaupun dirinya tidak
ada dosa.
Warhamni diterjermah sebagai Ar-Rahman dan Ar-Rahim. Kita meraih kasih
sayang Allah dengan sifat Ar-Rahim Allah. Dengan sifat belas dan kasihan
Allah itu, Allah akan sentiasa memberi peluang dan nikmat kepada kita
walaupun ada kesalahan dan kelalaian kita sepertimana Allah telah memberi
1W azab kepada kaum terdahulu. Oleh itu kita perlu memohon agar kita sentiasa
di bawah kasih sayang Allah. Jadi sebagaimana kita perlu kasih sayang Allah
kepada kita, maka kita perlu mempunyai rasa kasih sayang kepada makhluk
yang lain. Dengan adanya sifat kasihan itu wujudnya sifat toleransi.
Cukupkan kekurangan dan tutuplah keaiban, keburukan dan kelemahan. Kita
berasa cukup dengan apa yg ada dengan menghargai pada kekurangan itu.
Contohnya kita tidak kaya tetapi merasa cukup kerana ada lagi orang yang
fakir dari kita. Ini adalah kecukupan dari sudut perasaan tetapi dari segi
2W
keburukan biarlah Allah tutup keaiban itu. Walaupun kita ada kekurangan dan
kelemahan tetapi kita mahu Allah tutup keaiban kita. kita perlukan kecukupan
itu dengan Allah menutup segala keaiban kita. Jadi jangan sesekali membuka
keaiban, keburukan, kelemahan orang lain dan berusaha untuk meminta Allah
tutupkan aib kita dan berdoa agar kita tidak membuka aib orang lain.

