Page 51 - Buletin JSKM 2020
P. 51
49
Duhai Hati…CubaMengerti
Aku masih belajar, sedang belajar dan akan terus belajar
Aku mengerti, aku mula memahami hidup ini adalah ujian
Ujian ibarat air yang menimpa suatu objek yang jelas nyata
Mengelak untuk menjadi basah di saat air menimpa… memang mustahil
Aku belum pernah menjumpai dalam kajian kesusasteraan
Dalam terbitan berimpak tinggi… belum lagi
Air yang tertimpa tidak membasahi
Dalam meniti ujian…
Terbit rasa sedih, kecewa, tertekan,lemah semangat dan putus asa
Duhai hati yang mengaku memahami dan mengerti
Mengapa rasa yang sedetik itu tidak ditangani
Dibiar larut dalam tembikar uji kaji kehidupan
Outputnya, graf iman yang tidak layak untuk dianalisis dan dibentangkan
Bersedih?
Bukankan Allah telah berfirman dalam Surah At Taubah, Ayat 40
Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita
Kecewa?
Bukankah Allah telah berfirman dalam Surah Ali Imran, Ayat 139
Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal
kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang
beriman
Tertekan?
Bukankah Allah telah berfirman dalam Surah Ar-Ra'd, Ayat 28
(Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan
mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram
Lemah semangat?
Bukankah Allah telah berfirman dalam Surah Al Fath, Ayat 4
(Tuhan yang membuka jalan kemenangan itu) Dialah yang menurunkan semangat
tenang tenteram ke dalam hati orang-orang yang beriman (semasa mereka meradang
terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakin berserta dengan
iman dan keyakinan mereka yang sedia ada; pada hal Allah menguasai tentera langit
dan bumi (untuk menolong mereka) dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha
Bijaksana.

