Page 52 - Buletin JSKM 2020
P. 52

50




                                                       Putus asa?
                 Bukankah Allah telah berfirman dalam  Surah Al Ankabut,  Ayat 2 dan 3
                 Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan

                         mengatakan, "Kami telah beriman," dan mereka tidak diuji?
           Dan sesungguhnya, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah
              pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang
                                                       yang dusta.



                      Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
                     Allah telah mengulang sebanyak 31 kali dalam Surah Ar Rahman

                                Tiada sesuatu yang Allah jadikan dengan sia-sia
                                      Mengertilah duhai hati, tidak sesekali!
                   Bukankah Allah telah berfirman dalam  Surah Al Al Baqarah,  Ayat 2

             Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan
                  boleh jadi kau menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah
                                  mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

                                               Duhai hati yang dilunaki

                                    Cubalah mengerti dan terus memahami….
                    Bukankah Allah telah berfirman dalam Surah  Al Baqarah, Ayat 286
                 Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia
             mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa
            kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan
                kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami
            tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan

             yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang
           terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada
           kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami,
               serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah
             Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap

                                               kaum-kaum yang kafir".
   47   48   49   50   51   52   53   54   55   56   57