Page 53 - Buletin JSKM 2020
P. 53

51




                                  Berpeganglah pada Al Quran dan As Sunnah
                                  Dengan hati yang tegar dan iman yang teguh
                 Bukankah Allah telah berfirman dalam Surah At  Taubah, Ayat 128-129

          Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri
             (iaitu Nabi Muhammad s.a.w.), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang
           kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat lobakan (inginkan) kebaikan
         bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada
                                             orang-orang yang beriman.

            Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (Wahai Muhammad):
             “Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada tuhan (yang
            berhak disembah) melainkan Dia kepadaNya aku berserah diri, dan Dialah yang
                                          mempunyai ‘Arasy yang besar”.

                                 Pendekatan adatif teknologi persuasif kah itu?
                                                 Hati monolog sendiri

                                                     Hakikatnya…
                                  Telah lama Allah secara lutfi menyentuh hati
                                     Nabi secara hakiki membentuk peribadi
                            Kau baru mengadaptasi teknologi persuasif dalam diri
                             Sedangkan dalam Al Quran telah tercatat sejak azali

                         Para nabi dan sahabat telah mengamalkannya secara hakiki
                                      Tidak ketinggalan di selusuri para sufi
                                         Sayangnya kau baru mengenali….
                                       Takrifan persuasif melalui teknologi
                                       Melalui beberapa definisi yang diberi
                                    Lewat tetapi tidak lambat untuk dihayati
                                  Hati makin mula mengerti,cuba meneladani

                                                 Perjalanan hidup ini
                                       Adalah perjalanan hamba yang daif
                                             Dalam mencari ilmu rohani
                                             Untuk menuju negeri abadi
                                      Hidup ini kerana Allah untuk manusia

                                              Bukan untuk diri sendiri
                                                 Tapi untuk berbakti
                                            Dalam mengejar redha Ilahi
                                             Duhai hati…cuba mengerti









                                                    ME, Qalam Ehsan
   48   49   50   51   52   53   54   55   56   57   58