Page 55 - Buletin JSKM 2020
P. 55

Mutiara Kehidupan





       Ada ketikanya hidup kita ini terlalu jauh daripada apa yang kita harapkan. Tapi, jangan jadikan
                      itu sebagai penghalang untuk kita mencari bahagia.

       Pandanglah ujian dengan pandangan iman. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Semuanya untuk
                       kebaikan kita. Allah SWT tak pernah zalimi kita.

       Jangan takut mencuba perkara baru dalam kehidupan. Kalau kita berjaya, Alhamdulillah. Kalau
                    gagal, kita akan lebih bijak sebab belajar dari kesilapan.

        Ketika kamu merasa hidup kamu susah, sering di belenggu masalah. Yakinlah ada lagi mereka
        yang nasib susah. Ketika kamu merasa hidup kamu sedih, yakinlah ada lagi yang lebih pedih.
                                Jadi, bersyukurlah.

       Jangan terlalu menangis dengan apa yang hilang sehingga terlupa untuk tersenyum dengan apa
                                 yang masih ada.

        Kita perlu ingat, tak semua benda yang kita inginkan dalam hidup ini kita akan terus dapat.
             Ingat, ada benda memerlukan masa dan juga usaha. Belajarlah untuk bersabar.

        Jangan bersedih saat kesusahan menimpa. Yakinlah bahawa setiap sesuatu yang terjadi dalam
                kehidupan kita ini telah dirancang baik oleh Tuhan Yang Maha Kuasa.

       Bersabarlah wahai hati, dugaan itu bukannya untuk menjadikan kita lebih lemah. Tetapi, untuk
               menjadikan kita manusia yang lebih matang dan tabah dalam kehidupan.

         Jalani kehidupan seikhlas matahari. Dilihat orang ataupun tidak ia tetap bersinar. Dihargai
                            ataupun tidak ia tetap menerangi.

       Bangkitlah dari masalah yang sudah berlalu. Biarkan ia menjadi masa lalu dan jadikan masa lalu
                  sebagai pembelajaran agar menjadi lebih baik di masa hadapan.

        Masalah yang datang jangan jadikan keluhan. Tapi, hadapi dengan kesabaran dan yakinlah di
                    sebalik masalah itu ada kebahagiaan yang anda dapatkan.


            Tanpa kegagalan, kita tidak akan berada pada kejayaan.




                https://sembangkejayaan.blogspot.com/2020/04/25-kata-kata-mutiara-kehidupan-motivasi.html
   50   51   52   53   54   55   56   57   58   59   60