Page 105 - Buletin JSKM 2021
P. 105

104




                        PERTANDINGAN DOODLE PTAR UiTM CAWANGAN PULAU PINANG
                                                Siti Nurleena Abu Mansor

                       Pada  April  2021,  Perpustakaan  Tuanku  Abdul  Rahman  (PTAR)  UiTM  Cawangan

                Pulau  Pinang  telah  menganjurkan  satu  pertandingan  melukis  Doodle  bersempena  dengan
                Program UiTM Penang Baca dengan tema “Jom Baca”. Tarikh akhir penyertaan adalah pada

                21 Mei 2021.
                       Saya  pada  mulanya  ragu-ragu  untuk  menyertainya,  namun  kerana  ingin  mencuba

                sesuatu yang baru maka saya mencuba nasib. Banyak yang saya pelajari tentang teknik doodle

                ini. Rupanya doodle merupakan satu seni menggambar yang dibuat secara tidak sedar atau
                tanpa tujuan tertentu. Pelbagai gambar yang boleh menjadi gambar doodle ini, seperti huruf,

                binatang, benda, atau boleh juga hanya abstrak.
                       Walaupun doodle dikatakan sebagai gambaran yang tidak sengaja, tapi kini doodle

                sudah  menjadi  satu  seni  yang  diminati.  Banyak  doodle  yang  dihasilkan  mengandungi

                penceritaan  dan  mesej  yang  ingin  disampaikan.  Teknik  doodle  juga  biasanya  hanya
                memerlukan pen dan kertas sahaja dan biasanya hitam putih. Namun, beredar dengan masa

                gambar  doodle  kini  lebih  menarik  dengan  warna-warni  yang  terang.  Sesiapa  sahaja  boleh
                membuat lukisan doodle ini dengan daya imiginasi mereka.

                       Meskipun saya tidak memenangi sebarang tempat dalam pertandingan tersebut, namun
                usaha  dan  pengalaman  dalam  mempelajari  lukisan  doodle  memberi  perspektif  baru  dalam

                kehidupan saya. Semoga dengan apa yang dipelajari boleh di praktikkan dalam pembelajaran

                anak-anak  supaya  lebih  menarik.  Diharap  PTAR  akan  menganjurkan  pertandingan-
                pertandingan yang menarik seperti ini lagi.
   100   101   102   103   104   105   106   107   108   109   110