Page 106 - Buletin JSKM 2021
P. 106

105




                                     WAHAI PELAJAR, TENANG, KAMU MAMPU
                                                  Naemah Abdul Wahab

                       Pandemik  Covid-19  yang  melanda  seluruh  dunia  termasuk  Negara  Malaysia

                menyebabkan para pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) terpaksa melalui kelas secara Open
                Distance  Learning  (ODL)  sejak  April  2020  bagi  mengekang  penularan  virus  ini.  Tempoh

                Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang disangka hanya untuk sebulan atau dua bulan, telah
                berlanjutan  hampir  17  bulan  sehingga  saat  coretan  ini.  Kami  faham  cabaran  dan  masalah

                pelajar ketika terpaksa belajar dari rumah masing-masing.

                       Semasa berada di institusi pengajian tinggi, ada rutin yang telah mereka sesuaikan sejak
                awal minggu pendaftaran kemasukan ke IPT lagi. Namun, apabila terpaksa melalui ODL dari

                rumah,  ianya  meningkatkan  tekanan,  kebimbangan,  rasa  panik  dan  kelesuan  berpanjangan
                (burnout) disebabkan banyak faktor. Antara keluhan yang kami dengar daripada para pelajar

                kami adalah suasana rumah yang tidak kondusif, tidak mempunyai peralatan komputer atas

                faktor kewangan keluarga, kekangan teknikal seperti talian Internet yang lemah di kediaman
                mereka dan masalah peribadi seperti perceraian ibu bapa, ibu bapa yang sakit kronik, keluarga

                kehilangan sumber pendapatan atau pelajar terpaksa bekerja separuh masa untuk membantu
                ibu bapa menampung kos sara hidup keluarga.

                       Pelaksanaan  ODL  secara  sepenuhnya  merupakan  satu  cabaran  yang  besar.
                Kebanyakkan pelajar perlu menghadiri kelas atas talian secara berturutan melalui medium yang

                baru dan berlainan mengikut pilihan pengajar, menguasai aplikasi dan perisian baru untuk

                melihat video pengajaran, melengkapkan tugasan pelbagai bentuk termasuk rakaman video dan
                membuat penilaian sehingga ke waktu malam dan hujung minggu. Itu belum lagi mengejar

                deretan tugasan mengikut dateline yang diberikan oleh para pensyarah.
                       Sekiranya  pelajar  tersebut  menghadapi  kesukaran  teknikal  atau  ketiadaan  gajet

                pembelajaran, ini akan mencetusnya tekanan yang lebih tinggi sehingga menjejaskan kesihatan
                mental mereka. Para pensyarah yang memahami kesusahan dan dugaan pembelajaran ODL

                berasa sedih membaca paparan di portal media tempatan mengenai kemurungan atau masalah

                kesihatan yang menimpa pelajar akibat tidak mampu menanggung stres yang terlampau. Ada
                juga pelajar yang terpaksa membuat keputusan untuk berhenti daripada IPT akibat tidak dapat

                menbendung dugaan berpanjangan ini.

                       Wahai pelajar, bersabarlah, kita mampu menghadapi fasa pandemik ini bersama-sama.
                Jangan disimpan kegusaran, stres dan kelesuan itu seorang diri. Jangan rasa malu untuk reach

                out  dan  dapatkan  sokongan  sekiranya  dirasakan  ianya  mulai  membebani  hati.  Luah  dan
   101   102   103   104   105   106   107   108   109   110   111