Page 109 - Buletin JSKM 2021
P. 109
108
BEKERJA DARI RUMAH: ALAH BISA TEGAL BIASA
Norshuhada Samsudin
Bekerja dari rumah bukan sesuatu yang mudah bagi segelintir pihak. Rutin harian
bekerja di pejabat yang telah lama dipraktikkan perlu diubah dengan rutin baharu. Bagi
individu yang memang selesa menyelesaikan segala tugasan di pejabat,mereka beranggapan
bahawa kerja dari rumah agak merumitkan. Bagi ibu-ibu yang mempunyai anak kecil
khususnya, melakukan kerja di rumah merupakan sesuatu yang agak mencabar. Mana tidaknya,
baru sahaja membuka komputer untuk memulakan kerja, jari anak kecil laju mecapai dan
menekan segala button yang ada di papan kekunci tersebut. Namun begitu, ia tidak boleh
dijadikan sebagai alasan untuk tidak melakukan kerja di rumah. Seseorang perlu bijak
mengatur strategi agar kerja-kerja dapat dilaksanakan dengan sempurna.
Pepatah Melayu ada menyebut “Alah bisa tegal biasa” yang bermaksud apabila sesuatu
perkara yang sukar dipraktik berulang kali, ianya akan menjadi lebih mudah. Ketika pandemik
Covid-19 melanda dunia sejak tahun lepas, aktiviti bekerja dari rumah telah menjadi normal
baharu dikalangan pekerja sektor kerajaan dan swasta. Aktiviti yang dirasakan sukar untuk
dilaksanakan pada awalnya, menjadi lebih mudah kerana kita telah terbiasa dengan normal
baharu ini sejak ianya dilaksanakan sesuai dengan peribahasa yang dinyatakan.
Sebagai seorang pensyarah, aktiviti pelajaran dan pembelajaran dijalankan secara atas
talian. Walaupun terasa sukar pada mulanya, namun, setelah beberapa semester
dipraktikkan,ianya berjalan dengan baik. Para pelajar juga semakin matang dalam menghadapi
cara pembelajaran atas talian ini. Selain aktiviti pengajaran, mesyuarat dan kursus juga
dijalankan secara atas talian. Ia tidak menjadi halangan untuk para pensyarah menyempurnakan
segala tugasan hakiki walaupun masih bekerja dari rumah. Kunci utama untuk bekerja dari
rumah adalah bijak mengurus masa. Masa adalah sangat penting kerana kita perlu
membahagikan masa dengan tugas di rumah dan juga tugas sebagai seorang pekerja. Jika kita
tidak pandai mengurus masa, maka banyak kerja-kerja yang akan tertangguh dan tidak dapat
disiapkan dalam tempoh masa tertentu. Bagi ibu-ibu yang bekerja dari rumah, tanggungjawab
menguruskan rumahtangga dan urusan kerja tidak akan dapat dilaksanakan dengan baik jika
tidak mendapat sokongan dan bantuan dari suami.
Bekerja dari rumah juga memerlukan keseimbangan dalam menguruskan emosi. Emosi
juga perlu dikawal agar kita tidak mudah terjebak dengan perkara yang tidak diingini seperti
kemurungan,cepat marah, dendam dan sebagainya. Emosi yang baik dapat membantu
seseorang dalam menghasilkan sesuatu kerja yang sempurna. Justeru, untuk mendapatkan

